Saturday, July 3, 2010

Biasiswa

Beberapa rangkaian blog telah menulis tentang isu ini,dan kita sendiri kurang jelas dan tidak pasti kebenaran isu ini.Namun sebagai renungan kita sebagai guru dan ibubapa yang mungkin terlibat sama.Hampir separuh peruntukan biasiswa kecil persekutuan telah dipotong.

Mereka siap memberi data.Seorang Guru Biasiswa memberitahu kira ,sekolah beliau daripada 70 pemohon hanya 34 orang yang layak.

"Tahun sudah jika kita menghantar 70 borang permohonan ,65 pemohon didapati layak menerima biasiswa"kata teman guru itu.

Beliau meminta kita bayangkan jumlah sekolah luar bandar yang terdapat dalam Larut Matang dan Selama.Berapa banyak yang gagal menerima biasiswa walaupun layak.Semuanya akan menjejas prestasi pelajar luar bandar miskin untuk mendapat peluang pendidikan.

Teman guru itu meminta kita namakan sekolah di anggap luar bandar di Parlimen Bukit Gantang.Lalu kita kemukakan SMK Dato Wan RashdI,SMK Tatbeng,SMK Tengku Menteri,SMK Matang.Bagi SBAK Maahad Tarbiyah Bt 8, Maahad Diniah Jelutung,Maahad BT 9.

Teman guru tadi meminta kita mendarab 30 dengan 7. Kita pun menjawab 210 orang.Jelas di kawasan Parlimen Bukit Gantang sebanyak 210 keluarga telah dinafikan hak untuk mendapat biasiswa kecil persekutuan.

Kita berharap Kerajaan memberi balik peruntukan RM 1,000 bilion yang telah ditarik dari peruntukan Kementerian Pelajaran.Dengan biasiswa dipotong,rakyat miskin luar bandar akan terjejas teruk.Mereka tidak lagi dapat menikmati pendemokrasian pendidikan.Akhirnya orang Melayu yang miskin terus tertinggal.

Isu ini boleh dikaitkan dengan murid di mana kadangkala murid diminta untuk membayar atau mengeluarkan wang bagi tujuan beberapa program di sekolah.Keadaan ini menyebabkan murid seperti tidak puashati kerana sering diminta membayar untuk sesuatu perkara atau program yang ingin dijalankan pihak sekolah.Situasi ini perlu dijelaskan,kerana guru kelas yang meminta bayaran dari murid sering mendapat rungutan dari murid yang tidak berpuashati dan menyebabkan program tergendala.