Bicara

Selamat sejahtera kepada warga SMS.

Semoga semua dalam keadaan baik.
Dalam tempoh bulan pertama ini kita masing-masing sibuk dengan tugas di sekolah.Namun harapan saya tumpuan kita juga harus diberi kepada diri kita sendiri.Apa yang saya maksudkan ialah kesihatan diri dan keluarga juga keselamatan semasa kita ke tempat bertugas.

Bagi diri saya sendiri berbagai perkara harus kita uruskan.Namun jika masa terluang penjagaan kereta perlu diambil kira khasnya bagi mereka yang berulang jauh dari Tanjong Malim dan sebagainya.Buat diri saya sendiri kadang kala terlupa untuk memeriksa kenderaan dan ada ketika sampai minyak hitam dah nak kering barulah 'tersedar' dari lamunan.Mungkin perkara-perkara ini nampak remeh,tapi kereta adalah harta kita yang penting untuk kita pergi tugas dan kereta yang berada dalam keadaan baik adalah penting demi keselamatan guru sendiri dariterlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

Kalau kita lihat guru-guru juga dikelilingi bahaya bukan sahaja pegawai-pegawai keselamatan seperti polis yang menghadapi situasi bahaya.Keadaan masyarakat yang berubah dan kehidupan yang semakin kompleks menyebabkan guru perlu mencari inisiatif untuk 'melindungi' diri dan menjaga keselamatan diri.

Sehingga berjumpa lagi.



Oleh : PROF DR. RAUZAH HASHIM
Jabatan Kimia, Universiti Malaya [
http://www.kimia.um.edu.my/]
SEKIRANYA kejayaan sains sesebuah negara atau bangsa dinilai dengan mengira jumlah Pemenang Hadiah Nobel maka kejayaan sains di Malaysia sekarang boleh dikatakan jauh panggang dari api.Harapan murni kepimpinan negara agar suatu hari ada saintis bangsa Malaysia berjaya memperolehnya adalah tidak mustahil. Pelbagai usaha merancang dan merangka untuk menjana `bakat’ Nobel Laureate, juga perlu dipuji.
Sejak beberapa tahun lalu Akademi Sains Malaysia, MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi mendahului dalam hal ini melalui Program Nobel Laureate, di mana ramai anak muda yang berbakat dikenal pasti dari awal dan diberi bimbingan yang rapi dan istimewa.Mereka yang berjaya dihantar ke universiti terkemuka di luar negara untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana dan seterusnya. Kementerian Pendidikan juga mempunyai perancangan yang sama tetapi modus operandinya berbeza di mana penekanan tertumpu kepada peningkatan prasana kelengkapan dan teknologi tercanggih dan termoden.
Singapura juga mempunyai perancangan serupa. Namun bukan untuk Pemenang Hadiah Nobel, tetapi untuk menjana Teknokrat Terkemuka bagi membolehkan mereka cipta teknologi baru seperti yang pernah dicapai oleh anak watannya Sim Wong Hoo. Kejayaan beliau mencipta sistem bunyi digital (siri Soundblaster) untuk komputer peribadi (PC) suatu masa dahulu mendahului teknologi lain dan juga pasaran dunia, sangat dibanggakan. Singapura mahukan lebih ramai bakat seperti beliau.Untuk tujuan tersebut kerajaan Singapura memperuntukkan sejumlah geran yang besar supaya tunas bakat dapat dikenal pasti dan juga diberi didikan istimewa.
Kebanyakannya pemenang Hadiah Nobel adalah dari negara maju dan hanya segelintir mereka berbangsa Asia yang bermastautin di Barat (contohnya Abdus Salam dan Ahmed Hassan Zewail). Maka anggapan bahawa kemudahan prasana di Barat menjadi faktor penting adalah wajar. Namun begitu bagi saya sahsiah mereka lebih utama.
Tidak dinafikan pemenang Hadiah Nobel atau teknokrat terkemuka seperti Bill Gates adalah manusia teristimewa. Adakah resipi mencipta mereka ini? ...............................................
baca lanjut di...... MajalahSains.Com 



Syor PJPK subjek wajib peperiksaan


KITA sering mendengar akademik menjamin masa depan seseorang berbanding sukan, tetapi sedarkah kita bahawa dengan bersukan dapat mengasah minda cergas dalam mentelaah pelajaran.

Saya bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang inginkan sukan pada peringkat sekolah dinaik taraf.

Cadangan Muhyiddin yang ingin pembangunan sukan di sekolah dibuat secara berterusan dan syor 1 pelajar 1 sukan amat dialu-alukan. Cadangan ini amat baik dan sudah lama ditunggu oleh saya dan guru sukan lain. Saya ingin memberikan pendapat iaitu;

Wujudkan jawatan Penyelia Sukan/Pegawai Sukan di sekolah yang mana bidang tugas sama dengan kaunselor di sekolah untuk memantau atau menjalankan program sukan termasuk melatih pelajar. Penyediaan dokumentasi dan rekod berkaitan sukan juga perlu disediakan.

Pegawai yang dilantik tidak perlu mengajar seperti kaunselor. Jika kaunselor berjaya mendisiplinkan pelajar mengapa tidak pegawai sukan? Jadi pegawai ini dapat memberi tumpuan 100 peratus terhadap pembangunan sukan sekolah. Tidak perlu memikirkan perkara lain yang mengganggu tugas yang dikenali sebagai Setiausaha Sukan

Subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) dimasukkan dalam subjek wajib peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Subjek Sains Sukan dalam SPM adalah subjek yang berlainan dengan PJPK. Pada masa sekarang semua pelajar termasuk guru bukan opsyen menganggap subjek PJPK tidak penting kerana tidak ada peperiksaan.

Wang kerajaan bagi saya dibazirkan kerana kerajaan menyediakan guru Opsyen PJPK dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menyediakan buku teks dan menyalurkan alatan sukan kepada sekolah, tetapi tiada hasil yang membanggakan. Bagi saya jika subjek PJPK dimasukkan dalam peperiksaan awam, saya yakin ramai yang mentelaah subjek berkenaan.

MFA_282,
Ledang, Johor.

Berita Harian Online: 27 Februari 2010