Sunday, November 14, 2010

Risiko

Salam kepada semua...........
Kita telah pun menghampiri penghujung persekolahan.Kita juga telah berjaya melaksanakan hasrat ahli kelab untuk mengadakan jamuan akhir tahun.Walaupun tidak sampai separuh yang menyertainya namun kehadiran mereka bersama ahli keluarga masing-masing telah berjaya memenuhkan ruang makan di Rest House Slim River.Bagaimanapun kami AJK kelab ingin memohon jutaan ampun dan maaf kerana makanan pada malamtersebut amat tidak memuaskan.Kami sebagai AJK yang menguruskan acara tersebut juga amat terkejut dan tidak menduga mutu makanan yang disediakan amatlah jauh dari jangkaan kami.

Inilah risikonya jika kita memilih tempat yang tidak pernah kita beruurusan untuk majlis tertentu.Ini adalah pertama kali saya melihat mutu makanan yang amat tidak memuaskan dan bolehlah dianggap mahal.

Mungkin kami teruja kerana tawaran pihak terbabit di mana kami menanggapnya murah dengan tawaran yang sama dengan tempat yang kami survey sebelum ini iaitu BBQ dengan menu ayam,sootong dan udang.Namun apa yang mendukacitakan pihak terbabit seperti ingin menangguk di air keruh dan mengambil untung yang banyak dengan menyediakan mutu makanan dan jumlah yang amat tidak berpadanan.

Bagaimanapun kami akan melakukan post mortem dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.Kami juga menasihatkan ahli agar janganlah terlalu memikirkan soal bayaran yang tinggi jika diadakan di resort dan sebagainya kerana kita sememmangnya tahu tempat seperti itu akan menyediakan makanan yang amat memuaskan.InsyaAllah.

Monday, November 8, 2010

LATEST!


JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB

TARIKH: 12 HB NOV 2010
HARI: JUMAAT
MASA: 8 MALAM
TEMPAT : REST HOUSE SLIM

Setelah mengambil kira pendapat guru-guru setelah kami menyenaraikan TCR sebagai venue awal dan tidak mendapat sambutan maka kami telah mencari tempat paling hampir dan paling murah atas permintaan dan sokongan yang lebih ramai......(ada juga cadang buat kat sekolah aje...............)
jadi di atas adalah tempat baru bagi JAT.

Beberapa acara juga akan di adakan:

Tunggu kami akan update berita ini..................

Tuesday, November 2, 2010

Jamuan Akhir Tahun


Untuk makluman Jamuan Akhir Tahun Kelab akan diadakan pada waktu dan tarikh berikut:

Tarikh: 12 hb November 2010
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 malam
Tempat: Ixora 2 Trolak Country resort

Bayaran:

Ahli- RM35 seorang
Pasangan: RM45 seorang
Kanak2: RM35 (seorang 6-12 tahun)

Yang berminat menyertai sila buat bayaran kepada Bendahari yang telah kembali dari bercuti bersalin:
selewat-lewatnya pada atau sebelum 10.11.2010

Monday, October 4, 2010

Sumbagan pembiayaan perubatan

Dimaklumkan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Slim iaitu En. Muzammil bin Sulaiman telah dimasukkan ke Hospital Besar Pulau Pinang dan menjalani pembedahan di bahagian kepala sebanyak tiga kali iaitu pada 24, 25 dan 30 September 2010. Keluarga beliau mengalami masalah kewangan dan kemampuan bagi membiayai peralatan khas susulan bagi pembedahan tersebut bernilai RM4000.Oleh itu bantuan segera amat diperlukan bagi membiayai kos tersebut.

Oleh yang demikian pihak kami merasa empati dan terpanggil untuk membuat rayuan bagi pihak keluarga beliau bagi mendapatkan sumbangan dari semua pihak agar dapat memberikan derma ikhlas anda bagi meringankan beban beliau dan keluarga.

Thursday, September 23, 2010

Jom makan-makan Aidilfitri 2010

Tarikh : 24 / 9 / 2010
Masa : 8 pg dan 3 ptg
Tempat : Bilik Guru

AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan staff yang telah memberi sokongan padu bagi program ini tanpa banyak persoalan.Terima kasih AJK walaupun kini kami sedang kekurangan beberapa orang AJK kerana bercuti. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda. Alhamdulillah semua berjalan lancar....................

Selamat Makan-makan......................!!!!!

Wednesday, August 18, 2010

Cikgu Halim dalam kenangan



Cikgu Abdul Halim Idris telah selamat di kebumikan pagi ini 18 Ogos 2010 bersamaan 8 Ramadhan 1431 hijrah.Allahyarham meninggal jam 4.30 pagi tadi setelah mengalami koma beberapa hari.Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Amin.

Thursday, August 12, 2010

Buletin Kelab

Salam buat warga SMKS,

Begitu cepat masa berlalu, kini kita telah berada di bulan Ogos 2010.Harapan kami semoga anda semua telah dapat mencapai apa yang disasarkan bagi tahun 2010 ini,jika belum teruskan usaha anda.Kami AJK KGK juga berharap kami akan terus mendapat sokongan dari ahli semua. Nampaknya beberapa program telah pun dijalankan atas nama KGK ini, dan ada juga antaranya terbantut akibat beberapa masalah terutamanya dari segi penyertaan ahli secara total.Sebenarnya setiap program yang ingin dijalankan akan mengaitkan kewangan dan itulah antara masalah yang dihadapi.Namun begitu hanya segelintir sahaja yang belum membayar yuran.Ahli yang belum membayar yuran bermakna anda sebenarnya terhutang dengan ahli-ahli yang lain,kerana beberapa program dan yuran PSKPP misalnya kita mengambil kira setiap individu, jadi yang belum menjelaskan yuran itu bermakna anda telah meminjam dari ahli lain bagi bayaran-bayaran tersebut, itulah situasinya.Bayaran PSKPP misalnya sememangnya setiap tahun akan dibayar melalui kelab seperti yang telah tercatat dalam rekod dahulu.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa anda boleh memberikan pendapat dan idea melalui boring(form seperti contoh di atas) yang disediakan di dalam blog kelab.Pendapat dan pandangan anda amat kami perlukan bagi meninjau sejauh mana dan apakah kehendak sebenar ahli. Antara yang kami perlukan ialan cadangan bagi aktiviti berkaitan Hari Raya,persaraan ahli (tempat hendak diadakan jamuan),tempat-tempat yang sesuai untuk diadakan jamuan akhir tahun atau hari keluarga,kelas IT dan sebagainya.Oleh itu kami sangat menghargai penyertaan ahli dalam apa bentuk sekali pun.Semoga kami dapat memuaskan hati atau sebahagian besar ahli.Salam Ramadhan.

Sekian.

Wednesday, August 11, 2010

Doa

Kepada sahabat sekalian........

Doakanlah yang terbaik buat sahabat kita cikgu halim yang kini di masukkan semula ke hospital..............

Moga kita dapat merasakan (empati) juga apa yang sedang dialaminya dan moga kita dapat menginsafi diri kita.Moga bulan penuh keberkatan ini Allah memberikan beliau kekuatan.

kekawan naik pangkat!!!

Tahniah kami ucapkan kepada sahabat-sahabat kita yang naik pangkat.

1. En. Arfahshad Sulaiman
2. Pn. Arba'ayah Adnan
3.Pn. Wan Zaiton bt Wan Hamzah




Satu majlis akan diadakan,kepada yang ingin memrikan cenderahati/hadiah sila maklum.

Tuesday, August 3, 2010

Kereta baru


Foto di atas adalah foto terbaru kereta proton mengantikan Waja.Amacam.......teringin.Topik kali ni bukan pasal kereta Waja.Tapi tentang pinjaman kereta yang layak bagi guru.Sila klik link di bawah untuk melihat pekelilingnya....

Pekeliling

Berikut adalah sebahagian dari petikan .

Permohonan pinjaman untuk membeli kereta daripada seseorang pegawai yang gaji pokoknya kurang daripada RM 1,320 sebulan hanya boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut :-
(a) Pegawai itu tidak dapat menjalankan tugas rasminya dengan cekap setiap hari tanpa menggunakan sebuah kereta sendiri;
(b) Pegawai mempunyai lesen memandu yang sah;

3
(c) Jumlah ansuran potongan bulanan pinjaman kereta tidak boleh melebihi 1/3 daripada gaji pokok serta elaun-elaun pegawai dan jumlah semua potongan termasuk potongan
ansuran kereta yang ditanggung oleh pegawai tersebut tidak boleh melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun.
(d) Kenderaan Jabatan tidak dapat diperuntukkan kepada pegawai bagi kegunaannya ketika hendak menjalankan tugas rasmi.
(e) Pegawai berkemampuan membayar kembali pinjaman didalam tempoh yang ditetapkan.
6. Sebarang kos yang terlibat (jika ada) ekoran pembatalan permohonan ditanggung sendiri oleh peminjam.

Tanggungjawab Peminjam

(a) Borang Permohonan (Kew. 294 - Pin. 1/93) dalam 4 salinan.
(b) Borang butir-butir tambahan kepada Borang
Permohonan Pinjaman Kereta (SPK 5 / 94).
(c) Sebutharga yang terperinci bagi pembelian kereta
baru.
(d) Salinan Penyata Gaji yang terbaru yang disahkan.
(e) Dokumen Tambahan Bagi Kereta Terpakai Sijil Nilaian Kereta yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal bagi pembelian kereta terpakai. Sijil Nilaian Kereta ini mestilah
mengandungi butir-butir berikut :-
(i) Nama pemilik daftar;
(ii) Jenis, nombor dan kuasa kereta
(iii) Nombor ‘chasis’ dan nombor enjin;
(iv) Nilai kereta; dan
(v) Baki tempoh kereta tersebut berekonomi dan selamat dipakai

Kajiselidik Cuti Bersalin 90 hari

KAJISELIDIK CUTI BERSALIN 90 HARI

Kepada Semua Ahli KPPK.

Merujuk kepada perkara diatas sila beri maklum balas ke Ibu Pejabat KPPK dengan kadar segera dan hantarkan ke mail@nutp.org

Sila muat turun: Kajiselidik Cuti Bersalin

Ijazah OUM

NILAI TARAF IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan.

Klik Disini untuk melihat senarai.

Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.

Kolam baru sudah berfungsi




Kolam baru berdekatan makmal atas sumbangan En Rosli bekas salah seorang staff SMK Slim yang telah berpencen telah pun berfungsi mulai hari ini.Sesiapa yang belum tengok bolehlah pergi tengok.Kolam ini hasil kerja keras abg Mi dan abg Man.Tahniah.....



p/s: jangan ada bawa joran malam ni pergi mancing kat kolam plak....hehehe

abg mi dan abg man: projek kolam udang plak lepas ni


Masalah bagi sesiapa saja yang memegang organisasi

Salam.
Menguruskan sesuatu organisasi sama ada besar atau kecil sememmangnya memerlukan tindakan dan keputusan yang dapat memenuhi kehendak majoriti.Majoriti bermakna apa-apa keputusan disenangi dan mahu diikuti oleh sebahagian besar individu dalam organisasi.Adalah sesuatu mustahil bagi memenuhi kehendak pelbagai kemahuan dan permintaan atau dengan lain perkataan memenuhi kehendak semua.Hendak atau tidak kita terpaksa mengorbankan perasaan miniroti yang kadang-kala mungkin disebabkan ketidakmampuan minoriti bagi melengkapkan kemahuan majoriti.Misalnya didalam masalah yuran,majoritinya setuju dengan jumlah yang diputuskan manakala sebilangan kecil menentang kerana atas sebab-sebab yang dinyatakan tadi.Oleh itu sebagai orang yang mengetuai organisasi kita terpaksa menhadapi situasi-situasi begini dan perlu tegas walau jelas dan faham tindakan-tindakan yang bakal diterima oleh golongan-golongan atau kumpulan yang kecil ini.Namun,mereka ini kita harus memberikan sokongan dan bukan membuang mereka jauh-jauh dari organisasi.Sebagai majoriti kita perlu juga menghormati mereka dan keputusan mereka.


Monday, August 2, 2010

Makanan dalam tin dan makanan segera

Ini satu rencana yang telah masuk ke email saya.Saya paparkan dengan memasukkan link penulis asal.
Bagi saya bukan sahaja makanan dalam tin malah makanan segera yang lain juga perlu kita kawal dari mengambil terlalu kerap.Bagi guru-guru masa di maktab yang suka makan mee segera tu................bawa-bawalah buat pemeriksaan kesihatan.....mana lah tahu kan......

Kisahnya...........
Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakankebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.


Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar,rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak
perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin.
Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah.
Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini,sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan.
Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba
Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka
ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin dan sebarang jenis produk dalam tin.



Artikal ini Dipetik dari halaqah.net

Mahani Amat @ Halimi
Pegawai Pertanian
Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor

Tel: 03-89466991
Faks: 03-89466964
43400 Serdang
Selangor

Wednesday, July 28, 2010

Cikgu kena kacau.........

Pada 21 hingga 23 yang lalu saya telah menyertai satu kem motivasi pelajar kelas RK di Kolej Aminuddin Baki UPSI. Saya bukan nak cerita tentang kem tersebut....cuma ada cerita untuk kita jadikan ingatan.
Al kisah seorang AJK iaitu guru kita menceritakan kisah beliau telah diganggu oleh mungkin kita boleh klasifikasikan sebagai makhluk halus.Saya teringat pada hari pertama pesan saya pada pelajar termasuk cikgu kita itu bahawa walaupun KAB ini kelihatannya asrama yang indah sebenarnya tapak asal KAB ini agak "keras".
Tidak terlintas pula cikgu kita ini telah diuji pula pada waktu maghrib hari pertama itu.Mujur tiada apa yang buruk berlaku.Saya tidak mahu cerita panjang,kalau minat boleh dengar dari mulut cikgu tu sendiri ya!
Saudara saya yang juga penduduk di kawasan behrang hulu pernah menyatakan tentang kawasan di sekitar pembangunan proton ini yang tapak asalnya adalah hutan belantara yang dulunya banyak penghuni-penghuni lain.Banyak kisah-kisah nya.Dan SK Proton juga tidak terkecuali dari perkara ini.........
Cuma nasihat saya di mana juga guru-guru bertugas terutama di kawasan yang asing bagi kita selalulah beringat...........

Salam.

Tuesday, July 27, 2010

Cikgu seksi kot?

Ini ada nasihat seorang guru,orang Tapah,katanya...................

"Kepada guru2 wanita berhati2 memilih pakaian ke sekolah.. minggu lepas, rakan saya(A) yg sedang mengajar dikelasnya di panggil oleh pelajarnya dan berkata kepada beliau" cikgu , 'adik' saya naik lah" tanpa rasa malu sedikit pun di depan semua rakan2nya di dalam kelas. kwn saya itu memakai baju kurung dan bertudung tetapi kainnya agak jarang tetapi beliau memakai baju lain di dalam. Rakan saya B pula di sapa oleh pelajarnya " montoknya dada cikgu"... fobia rasanya nak masuk mengajar di kelas2 tersebut.. apa nak jadi dengan generasi muda sekarang.."

Kejadian ini berlaku di salah sebuah sekolah di utara tanahair.
so?.................................budak sekolah aje ke bgmana yg bukan budak sekolah ni.......................????

Orang kuat Sukan SMK Slim masuk wad

Salam warga kelab.
Pagi tadi saya dimaklumkan sahabat kita cikgu Halim telah dimasukkan ke hospital di Teluk Intan.Kepada yang ingin melawat boleh melawat beliau di wad 1A.

Monday, July 26, 2010

Apa komen anda?

Ini cerita masuk dalam mesej box saya dan saya paparkan untuk renungan bersama.Apa yang betul , apa yang pelik dan ada apa-apa? Kalau elok boleh diikut....................hehehe.ramai nak join?

Monday, July 12, 2010

Peranan NUTP dalam isu ini

Saudara/ Saudari

Masalah DGA29/41 merupakan perkara yang amat rumit dan kompleks kerana terdapat pelbagai kategori dalam kumpulan DGA29/41, antara masalahnya :

1. Guru berkenaan tidak menduduki PTK
2. Guru gagal PTK
3. Guru tidak berpeluang menduduki PTK kerana telah berada di DG41 sebelum PTK dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan
4. Memberi keuntungan yang banyak atau sedikit oleh kumpulan DGA29/DGA32/DG41
5. Masalah tidak cukup tempoh 10 tahun di DGA29

Isu ini masih dalam perbincangan dan Pihak NUTP akan cuba menyelesaikan dan membuat rayuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengubah tarikh penempatan DG41 atau bayaran secara one-off.

Harap Maklum

*sumber dari rakan blog.

ISU PPSMI LAGI

PPSMI: Page mahu terus desak kerajaan

July 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) hari ini mengumumkan gerakan mereka untuk mendapatkan sokongan peringkat kebangsaan bagi mendesakn kerajaan mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Page juga mahu mendapatkan sokongan Majlis Perundingan Melayu (MPM), badan induk pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang dilancarkan Mac lalu, untuk mendesak kerajaan mengkaji semula keputusannya dan kembali kepada sistem asal mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia mulai 2012.

Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) berkata matlamat utama pihaknya adalah membawa suara ibu bapa berhubung dasar-dasar pendidikan nasional memandangkan badan ini sudah mendapat status rasmi.

“Kami mahu Page, bukan sahaja menjadi suara masa depan dalam isu PPSMI, tetapi juga dalam isu-isu pendidikan yang lain. Sekarang kami sudah didaftarkan, kami memutuskan untuk menangani perkara-perkara nasional,” kata beliau sambil menambah, badan ini akan menjadi platform bagi ibu bapa untuk menyuarakan pendirian mereka.

“Sebagai contoh, kini topik panasa ialah pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Jadi kami mahu ibu bapa memberitahu kami pandangan mereka... justeru, kami boleh mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kementerian Pelajaran,” kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan status baru Page hari ini.

Page ditubuhkan selepas kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PPSMI Julai tahun lalu.

Badan ini meminta kerajaan mengekalkan opsyen bagi PPSMI dengan menyediakan pilihan mempelajari kedua-dua subjek berkenaan dalam Bahasa Malaysia, Tamil atau Mandarin.

Pada Julai lalu, dasar kontroversi PPSMI diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.

Muhyiddin memberitahu di sekolah kebangsaan, Bahasa Malaysia akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua mata pelajaran itu.

Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Mengulas sokongan Perkasa dan MPM, Noor Azimah berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kedua-dua badan tersebut.

“Mereka dengan kami (sekarang). Kami sudah mengadakan perbincangan dengan mereka, dan mereka telah bersetuju untuk mengaturkan satu pertemuan dengan Gapena dan (tokoh komuniti Prof Diraja) Ungku Aziz.

“Ia adalah sesi pertemuan tertutup dengan mereka. Kami ingin menjelaskan kepada mereka mengapa PPSMI harus diteruskan di sekolah yang mahu berbuat demikian,” katanya.

Beliau juga mengesahkan Page akan mengemukakan memorandum kedua kepada Muhyiddin Khamis ini.

“Kami tidak mendapat respons berhubung memorandum pertama. Memorandum yang memasukkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Mei lalu bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan akta bahasa kebangsaan,” katanya.

Timbalan Pengerusi Page Sulaiman Mahran juga melahirkan rasa kecewa dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau akan memberikan pertimbangan tetapi yang berkuasa ialah Menteri Pelajaran dan beliau tidak mahu mendengar kami dan enggan mendengar pandangan kami dari awal-awal lagi.

“Kami berharap kami akan mendapat sokongan lebih banyak ibu bapa dan berharap bilangan ini akan meningkat,” katanya.

Noor Azimah menambah, kerajaan berhadapan dengan kemungkinan mengetepikan pengundi kawasan bandar jika terus enggan menerima pandangan orang ramai.

“Kami memberitahu mereka bahawa kami hendak mereka tetapi jangan menjadikan keadaan sukar bagi kami. Mereka terdesak untuk mendapatkan pengundi kawasan bandar dan ini kemungkinan mengalihkan (sokongan) mereka,” kata beliau.


sumber : http://gurutertindas.blogspot.com/2010/07/ppsmi-page-mahu-terus-desak-kerajaan.html


Sunday, July 4, 2010

1S 1S

7 Objektif Utama Sukan Sekolah

1. Melahirkan dan mengetengahkan atlit berpotensi besar lagi berkualiti di peringkat sekolah.

2. Melahirkan masyarakat sekolah yang minat bersukan dan sihat.

3. Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat di kalangan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh.

4. Mengeratkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.

5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti bersukan.

6. Menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya atau profesion.

7. Memajukan sukan untuk sekolah dan negara.

1 Sekolah, 1 Sukan

beban tugas guru

Cadangan Untuk Menangani Masalah Beban Tugas Guru

Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru, dan salah satunya ialah KPPK atau lebih dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan. KPPK telah momohon supaya keutamaan diberikan kepada beberapa perkara berikut :

1. Utamakan kebajikan guru dan tingkatkan kualiti pendidikan.

2. Kurangkan peperiksaan dan ujian di peringkat sekolah.

3. Skop kerja guru yang lebih spesifik.

4. Mewujudkan jawatan Pembantu Murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian.

5. Lengkapkan semua sekolah dengan kemudahan asas.

6. Mewujudkan laluan kerjaya yang lebih mantap untuk guru.

7. Penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat.

8. Asingkan Guru Akademik dan Guru Sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.

9. Guru bertugas lima hari seminggu kecuali sekolah-sekolah yang mempunyai masalah ruang.

10. Ringkaskan program pemprosesan data supaya semua guru tahu menggunakannya.

Pada pendapat saya sekolah juga memerlukan pekerja bahagian teknikal untuk menguruskan masalah seperti komputer untuk PSS dan lain-lain untuk mengurangkan beban guru IT.

sumber:cikgublog

Saturday, July 3, 2010

setuju!

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini menyokong cadangan kerajaan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Sokongan NUTP berlegar di kalangan Exco bukan berdasarkan kajian.?

Namun begitu dengan syarat satu mekanisme baru perlu diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi menilai prestasi para pelajar, menurut kata presidennya, Hashim Adnan seperti dilaporkan

Presiden NUTP menjelaskan mekanisme itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima oleh para pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah, dan sekaligus mengelakkan para pelajar dan guru hilang tumpuan dan arah tuju.

Apa yang dikesalkan NUTP yang kononnya mewakili ratusan ahli guru tidak berbincang dengan ahli .Jika peperiksaan berdasarkan sekolah ini dilaksanakan,menurut teman-teman guru satu lagi beban perkeranian akan diurus oleh para guru.

Seterusnya teman-teman guru berhujah bahawa sekolah Cina mempunyai Lembaga Peperiksaan sendiri untuk mengendalikan ujian untuk anak-anak mereka.Lembaga Periksaan Sekolah Persendirian Cina ini pula diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran dan negara seperti Taiwan,Singapura dan China.

Akhirnya budak-budak aliran sekolah kerajaan terus ketinggalan kerana mereka tidak diuji dengan peperiksaan akademik.

Teman-teman guru menegaskan penghapusan UPSR atau PMR sebenarnya lebih kepada tidak mempunyai wang untuk membuat kertas soalan,pembayaran kepada pemeriksa kertas serta elaun pengawasan peperiksaan awam itu.

Contohnya mereka berhujah sampai sekarang duit pengawasan peperiksaan SPM belum didapati.Begitu juga bayaran elaun pemeriksa kertas belum diterima .,alaupun sudah menjangkau bulan Julai.


Biasiswa

Beberapa rangkaian blog telah menulis tentang isu ini,dan kita sendiri kurang jelas dan tidak pasti kebenaran isu ini.Namun sebagai renungan kita sebagai guru dan ibubapa yang mungkin terlibat sama.Hampir separuh peruntukan biasiswa kecil persekutuan telah dipotong.

Mereka siap memberi data.Seorang Guru Biasiswa memberitahu kira ,sekolah beliau daripada 70 pemohon hanya 34 orang yang layak.

"Tahun sudah jika kita menghantar 70 borang permohonan ,65 pemohon didapati layak menerima biasiswa"kata teman guru itu.

Beliau meminta kita bayangkan jumlah sekolah luar bandar yang terdapat dalam Larut Matang dan Selama.Berapa banyak yang gagal menerima biasiswa walaupun layak.Semuanya akan menjejas prestasi pelajar luar bandar miskin untuk mendapat peluang pendidikan.

Teman guru itu meminta kita namakan sekolah di anggap luar bandar di Parlimen Bukit Gantang.Lalu kita kemukakan SMK Dato Wan RashdI,SMK Tatbeng,SMK Tengku Menteri,SMK Matang.Bagi SBAK Maahad Tarbiyah Bt 8, Maahad Diniah Jelutung,Maahad BT 9.

Teman guru tadi meminta kita mendarab 30 dengan 7. Kita pun menjawab 210 orang.Jelas di kawasan Parlimen Bukit Gantang sebanyak 210 keluarga telah dinafikan hak untuk mendapat biasiswa kecil persekutuan.

Kita berharap Kerajaan memberi balik peruntukan RM 1,000 bilion yang telah ditarik dari peruntukan Kementerian Pelajaran.Dengan biasiswa dipotong,rakyat miskin luar bandar akan terjejas teruk.Mereka tidak lagi dapat menikmati pendemokrasian pendidikan.Akhirnya orang Melayu yang miskin terus tertinggal.

Isu ini boleh dikaitkan dengan murid di mana kadangkala murid diminta untuk membayar atau mengeluarkan wang bagi tujuan beberapa program di sekolah.Keadaan ini menyebabkan murid seperti tidak puashati kerana sering diminta membayar untuk sesuatu perkara atau program yang ingin dijalankan pihak sekolah.Situasi ini perlu dijelaskan,kerana guru kelas yang meminta bayaran dari murid sering mendapat rungutan dari murid yang tidak berpuashati dan menyebabkan program tergendala.

Monday, June 28, 2010

Seronok



Seronok.Itulah perkataannya.Semua orang suka kalau perkara ini berlaku pada mereka.Seronok bermakna tiada masalah.Bila tak ada masalah semua dapat disempurnakan.Betul?
Seronok dalam menjalankan tugas adalah penting.Kalau tak seronok ,tak suka ,gaji banyak mana pun tak guna.Duit gaji tak dapat membeli keseronokan itu!
Jadi banyak faktor yang membuat orang seronok.Faktor sekeliling,faktor rakan sekerja,faktor perjalanan pentadbiran, faktor berkaitan keperluan menjalankan tugas dan banyak faktor dalaman dan luaran yang saling berhubungkait.Untuk mendapatkan hasil terbaik semua perlu digabungkan dan berjalan seiringan.
Adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh seseorang pekarja jika majikannya mampu memberikan mereka keseronokan bagi menjalankan tugas.Seronok bukan bererti tidak menjalankan tugas yang baik.Sememangnya menjadi fitrah manusia perasaan perlu dijaga.Bila hati dijaga seluruh minda dapat menerima dengan baik.

Memberi tekanan dalam menjalankan kerja bukan jalan penyelesaian untuk mencapai hasil terbaik.Ini telah terbukti dalam banyak kes.Pemikiran perlu diubah.
Yang penting tugas terlaksana dan pekerja seronok!

Sunday, June 27, 2010

Persaraan En. Rosli Mat Isa


Majlis persaraan staf SMK Slim En Rosli Bin Mat Isa telah diadakan pada 28 Jun 2010.Majlis diadakan di dataran KEJAT.Majlis yang sederhana itu dimulakan dengan ucapan dari Pengetua dan diikuti oleh En Rosli.Majlis diteruskan dengan penyerahan surat watikah persaraan dan penyampaian cenderahati.

Kelab Guru Kakitangan SMK Slim mengucapkan selamat bersara kepada En Rosli.Semoga diberi kesihatan untuk terus beribadah.

Monday, June 21, 2010

Guru itu dian?

Harian Metro 21 Jun 2010

GOLONGAN guru ibarat dian yang membakar diri. Tanpa guru sudah pasti surat atau e-mel ini pun tidak dapat ditulis oleh saya. Ada pandangan sinis mengatakan guru sudah ada cuti sekolah yang panjang sebagaimana murid mereka setiap tahun sedangkan guru perlu bertugas sepanjang tahun bagi meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa menurut arahan pengetua atau guru besar.

Peranan guru bukan setakat memikirkan masalah murid yang puluhan orang di sekolah, malah ada yang termimpi-mimpi akan prestasi keputusan peperiksaan utama yang bakal keluar kelak.

Jika prestasi merudum, alamat kelas tambahan akan bertambah-tambah dan masa guru terutama guru wanita dengan anak-anak dan suami akan semakin berkurang pada tahun depan. Pengetua juga perlu memikirkan bagaimana mahu meningkatkan prestasi pelajar pada waktu belajar dari jam 7.40 pagi hingga 2 petang.

Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Perlu diingat, guru juga seorang ibu dan bapa, juga anak kepada ibu bapanya yang sudah tentu mempunyai tanggungjawab moral dan agama untuk dipenuhi. Namun, jika masa mereka habis di sekolah kelak akan jadi seperti pepatah, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.’

Maka perlu ada ruang untuk semua guru mendapat cuti setiap Sabtu dua kali sebulan dan setiap pengetua perlu memperkasakan pengajaran di waktu pejabat supaya kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum tidak selalu diadakan setiap Sabtu.

Sewajarnya gelaran sekolah berprestasi tinggi (SBT) tidak menjadi faktor pendesak kepada pengetua dan guru besar untuk memperhebatkan usaha mencapai tahap itu. Ini akan menjadikan guru subjek teras untuk peperiksaan akan lebih tertekan untuk memperbanyakkan kelas dan latih tubi yang akhirnya menjadikan mereka sibuk 24 jam membuat kertas soalan dan modul lebih mesra pelajar. Jika sekolah mencapai tahap terbaik, apa faedahnya kepada guru yang hilang banyak masa dengan keluarga mereka.

Guru juga adalah manusia yang mempunyai had kesihatan tertentu. Jika keringat mereka diperah, takut mereka hilang minat untuk mengajar akibat keletihan fizikal dan minda. Kita sedia maklum ada sekolah aliran lain menetapkan masa bekerja guru mereka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Jika Sabtu pun mereka terpaksa bekerja, bayangkan bila mereka dapat mendidik anak sendiri dengan lebih berkesan. Takut nanti kera di hutan kenyang disusukan, anak di rumah merintih merayu untuk mendapatkan perhatian.

Justeru, masanya sudah tiba untuk kita lebih empati dengan masalah guru yang bekerja demi kecemerlangan anak-anak murid mereka. Cabaran SBT perlu disahut oleh pengetua dan guru besar dengan lebih rasional. Memang wujud sekolah yang lemah dalam pencapaian, maka perlu sekolah itu dibantu secara menyeluruh oleh setiap Jabatan Pelajaran daerah dan jangan membiarkan rencana setiap pengetua dan guru besar memberi kesan domino negatif kepada guru-guru yang mempunyai keterbatasan minda dan fizikal.

Cuti memang penting sebagai masa guru melapangkan dada dan fikiran daripada memikirkan masalah di sekolah.

Inilah masa ibu bapa mengambil alih sekejap tugas seorang guru dengan mengajar anak-anak mana yang perlu. Jangan jadikan guru sebagai pengajar sepenuh masa hingga masa rehat mereka turut menjadi mangsa kita.

ABDUL RAZAK IDRIS
Banting

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Gurutiadamasauntukkeluarga/Article

Sunday, June 6, 2010

Cuti

Selamat bercuti buat guru SMKS dan bersedia untuk menghadapi PTK 10 Jun ini.Semoga berjaya!

Sunday, May 30, 2010

Notebook percuma












Salam warga kelab............
Ini saya ada satu cerita nak kongsi untuk tatapan anda semua. Saya dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai dan dikuatkan oleh "mata" saya sendiri.

Diberitakan kerajaan Terengganu memberikan notebook kepada guru-guru sekolah di Terengganu.Sebagai permulaan 800 guru BM telah menerimanya beberapa hari lau dan akan menyusul bagi guru yang lain. Ini inisiatif negeri Terengganu sendiri. Malah telah diwujudkan pembantu makmal komputer sekolah dengan dibayar gaji oleh kerajaan negeri.Fuhhh......!!!! ringan beban guru dengan hal-hal kerja "pejabat" ni......

Alangkah beruntung nya guru di Terengganu dan beruntungnya Terengganu dapat wang ihsan yang dapat digunakan untuk bermacam perkara.Cuti sekolah yang lepas abang ipar saya yang tinggal di Terengganu ada pulang ke kampung dan anak-anaknya membawa pulang notebook yang diberi percuma oleh kerajaan Terengganu.Ia adalah dari 25 ribu buah notebook yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Terengganu.Fuuuyyyooooo............

Amacam............ada rasa mau notebook free ka..............??????



Wednesday, May 26, 2010

Cikgu ni memang profesional..........

Anda kenal Subkhiddin Mohd. Salleh.

Dia ni pon cikgu..........cikgu apa?
Cikgu di Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang.

Kenapa nama nya kini disebut?

Subkhiddin Mohd. Salleh, rakyat Malaysia pertama menjadi pengadil Piala Dunia yang bermula di Afrika Selatan bulan depan, beliau mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin . (nak minta cuti kot.....hehehe......pengetua sekolah tak lulus cuti dia......menganggu P&P......hehehe.....)

Subkhiddin, 44, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang, menemui Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, di pejabat beliau di Kementerian Pelajaran bagi melahirkan penghargaan terhadap sokongan kerajaan kepada beliau....

Syabas cikgu..............

Cikgu profesional...........cikgu serba boleh................cikgu serba "menjadi".................hehehe....

p/s: Sapa nak tenang fikiran bolehlah jumpa beliau untuk dapat tiket Piala Dunia free....hehehehe.........



Monday, May 24, 2010

Bacalah.................

Konsep ‘masyarakatkan pendidikan’ tak perlu kos tambahan

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan.

Empat langkah berkenaan......baca lagi di sini

Alamakkk..........ini macam spesis pon ada ka lagi....

Lagi kes "rumah siap pahat berbunyi".Ini memang sikap semulajadi manusia laa....tak heran.Beberapa program yang telah dilaksanakan nampaknya ada yang masih tak puas hati........tak apa.Nak komen kami AJK rela di komen...tapi secara orang "dewasa" cikgu yer........kalau begitu kami tak kisah.

Ini sikap orang "bumi".Bila masa minta pendapat dan pandangan semua senyap.sunyi sepi .Bila dibuat dan semua dah selesai baru keluar suara.Tak heran......... Tak kisah.........bagitahu aje.......tapi biar jangan sampai "ambil tukul terus ketuk" yer......nanti paku entah ke mana...papan entah kemana....akhirnya satu apa pun tak jadi.

Badminton Piala Thomas pon ada "post Mortem". Ini cara betulllll.......rasa ada tak kena duduk bincang.Bukan hentam belakang....Baling Batu Sembunyi Tangan.........bro..!!nak tunjuk yang kita ni lagi bagus beb............

Ok lah.....ahli-ahli sekalian.........kita fikir-fikirkan.Kami juga manusia biasa...jadi selesaikanlah cara "manusia dengan manusia"...ada paham ka kalu????

Monday, May 17, 2010

Guru merajuk

Saya bukan nak melaporkan tentang keseluruhan program semalam,biarkan acara-acara sambutan semalam dalam memori dan di ulas dalam web sekolah sahaja.Apa yang ingin diulas agak berkaitan dengan Kelab Guru dan kakitangan ini.

Semalam diberitakan ada guru merajuk.Bukan seorang tapi beberapa orang.Saya hanya mengetahui hal ini apabila acara di dewan bermula."ada cikgu merajuk...." bisik seorang guru kepada saya.Pada mulanya saya tergelak kecil...tidak berapa "tangkap" apa yang dimaksudkan oleh rakan guru tadi....tapi setelah diceritakan saya agak terkejut,sedikit kecewa dan marah,tapi ayat-ayat rakan tadi membuat saya sedikit tersenyum.....

Mungkin perkataan "merajuk" itu agak tidak sesuai untuk mengambarkan guru yang telah berusia ini.Tapi sebagai manusia kita juga ada perasaan! Walau siapapun yang "menyentuh" perasaan kita itu,sama ada manusia biasa tanpa pangkat atau mereka yang berpangkat.Sebagai manusia kita juga ada tahap kesabaran.Siapa yang tidak marah kalau sebagai guru kita dimalukan seperti "kucing kurap" (mengambil kata-kata seorang guru) di hadapan pelajar.

Ingin saya maklumkan kepada semua guru sebarang tindakan dari pihak pentadbiran ada batasan.Kita ada hak jika tindakan-tindakan ini melampau dan tidak profesioanal.Ini termasuklah banyak kes-kes guru-guru yang telah lama berkhidmat tetapi kerana tindakan tidak profesional mereka diberi markah rendah dalam penilaian kerja.

Kalau rasa anda dimalukan anda perlu bersuara supaya perkara ini tidak berterusan.Tindakan-tindakan menekan guru dengan cara ini adalah tidak profesional dan "kekampungan". Malah tindakan seperti ini yang bertujuan untuk meningkatkan mutu kerja guru sebenar meleset kerana tindakan seperti inilah yang akan lebih membangkitkan kemarahan dan menjatuhkan motivasi guru.Ini termasuklah mengambil berat ke atas perkara-perkara remeh sedangkan perkara yang besar dibiarkan.

Masalah murid yang tidak berdisplin dan melanggar peraturan sekolah dalam kelas sewaktu P&P ini yang perlu diambil perhatian sebenarnya.Apa tindakan yang proaktik yang telah kita ambil? adakah kita ingin membirakan perkara ini terus saja berlaku hingga murid itu menduduki peperiksaan awam dan akhirnya keputusan teruk diperolehi.Cara menekan guru untuk mencapai sasaran akan gagal jika kita hanya tahu bercakap tapi tidak buat.Hanya guru yang terpaksa menangani masalah murid di dalam kelas apabila masalah diutarakan tiada tindakan diambil sebaliknya guru dipersalahkan lagi.

Peristiwa "guru merajuk" semalam bukanlah yang pertama tetapi telah beberapa kali berlaku cuma mangsanya hanya berdiam diri.Mujur semalam tiada siapa yang terkena "buku lima".Perhubungan antara guru,staf dan pentadbir perlu "mesra" dan berpandu.Ambillah contoh-contoh sekolah yang lain dan sesuaikan dengan warga guru yang ada dalam komuniti sekolah ini.

Saya utarakan hal ini moga kita semua akan lebih selesa bertugas.Dan sebagai peringatan agar tidak berlaku kes besar di sekolah ini sehingga saman menyaman berlaku.Siapa akan bakal pening kepala??? kita juga!

Salam perjuangan!

Wednesday, May 12, 2010


KALAU SIAPA2 ADA TERNAMPAK, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN BALAI POLIS TERDEKAT….



TOLONG SEBARKAN..

Pulangkan Adam Haikal






Biodata:

Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun

Kes:

Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.

ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)

berkulit cerah, berambut pendek

parut di dahi dan lenggan kanannya.

baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar

Lokasi terakhir:

Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,

56000 Bandar Tun Razak

Kuala Lumpur

Hubungi:

012-2791044 (bapa)

012-2608660 (ibu)

012-21559241/ 012-9316653

019-2227878 (Halijah Hussin)

atau balai polis berhampiran.





Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
15 Mac 2010


Lagi kes kanak-kanak hilang.

Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera.
Muhamad Adam Haikal, 6 tahun, dilaporkan hilang setelah dia didapati tidak pulang ke rumah setelah bermain bersama rakannya di kawasan padang permainan berhampiran rumahnya.
Menurut ibunya, Normayanti Abd Manan,30 tahun, kali terakhir suaminya , Jalil Abd Latif 33 tahun, melihat anaknya itu pada jam 4.30 petang Sabtu lalu apabila anaknya naik ke rumah untuk mengambil gasing.
Ketika itu, Normayanti keluar bekerja, dan anaknya itu tinggal bersama neneknya apabila dia keluar bekerja, dan seperti kebiasaan anaknya akan bermain bersama rakan-rakannya di kawasan sekitar Flat Sri Kota itu namun pada jam7malam anaknya pasti pulang.
“ Tetapi apabila menyedari pada jam 7 malam Adam tidak pulang suami mulai bimbang dan cuba mencari sekitar kawasan rumah tetapi tidak jumpa,” katanya.
“ Pada hari itu, rumah kami sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar saya, ahli keluarga banyak bergotong-royong dibawah untuk persediaan kenduri kahwin tersebut.
Setel tidak muncul-muncul, mereka sekeluarga dan penduduk setempat mencari sekitar Bandar Tun Razak, Sungai Besi sehingga Taman Midah tetapi masih tidak ketemu.
Sementara itu, ada sumber mengatakan dipercayai Adam telah mengikut seorang lelaki melayu.
Kata Normayanti, seorang rakan anaknya itu berkata, ada melihat anaknya bermain dibawah blok rumahnya itu.
Kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Islam As Syakirin ini dipercayai hilang jam 6 petang dan kali terakhir,memakai .
“ Kami bukan orang senang, tapi jika ada pihak yang mengambil itu mahu membuat anak saya sebagai anak angkatnya saya rela, tetapi bawanya pulang dahulu, tolonglah,” katanya.


Keluarga mangsa dan pihak polis telah melihat rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan perumahan terbabit tetapi tidak dapat mengesan ke mana kanak-kanak itu pergi.

Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga Sri Kota turut membantu mengesan kanak-kanak ini dan menampalkan foto beliau dikawasan berhampiran.

Turut merasai kehilangan Muhamad Adam Haikal, adik bongsunya, Nurul Atilia Sufiya,2, mencium gambar abangnya itu.

Wednesday, May 5, 2010

apakan daya.......


Mungkinkah ini hadiahnya...........???????????? kereta berjenama dengan logo sekolah...........?????
Hajat kami ingin memberi yang terbaik untuk ahli semua......tapi apakan daya kami manusia biasa .............
terimalah kami seadanya........


p/s : yang belum bayar yuran mohonlah menghulur dengan segera.............kita ada projek besar Jan 2011!

meja kreatif..............


Bagi mencari para pemenang meja blik guru paling kreatif senarai telah di pendekkan untuk memasuki fasa penilaian terakhir oleh Pengetua.

Guru yang berjaya
1.PN. KAMISAH BT LAN
2. PN ROZITA BT ADNAN
3. PN. ROKIAH BT NAYAN
4. PN. MAZITA BT YAHYA
5. PN. HJH. AISHAH BT AHMAD
6. PN. AZMIYAH BT ABU SHUJAK
7. PN. SITI NUR HIDAYAH BT AMIN
8. PN. SITI MARIAM BT ABD RASHID
9. CIK NUR SHALIZA
10 .PN NOOR FARIZA BT ABDUL RAHMAN

DIMINTA GURU DI ATAS MENAMBAH BAIK LAGI KREATIVITI DI MEJA UNTUK PENILAIAN TERAKHIR.

P/S; mana cikgu lelaki ni tak ada nama tersenarai...he...he....

Monday, May 3, 2010

45% kemalangan melibatkan pekerja


Saya terbaca satu pos dari sumber berita tempatan bahawa 45 peratus korban kemalangan jalanraya merupakan di kalangan mereka yang mencari nafkah atau dengan kata lain dalam tugas.

Dalam situasi pendidikan umpamanya ramai guru yang berulang-alik ke sekolah dan ada di antara mereka yang berulang jauh kerana jarak rumah ke sekolah yang jauh.Guru juga terdedah dengan situasi kemalangan ketika membawa pelajar untuk sebarang aktiviti rasmi."Rasmi" namun guru masih terdedah dengan bahaya di mana guru mungkin didakwan akibat kecuaian.Masalah ini telah lama menjadi pertikaian dikalangan pendidik namun kerana tugas mereka terpaksa melaksanakan dengan hati yang berat dan berhati-hati.Tetapi agak malang pihak pentadbir yang dahulu pernah bergelar "Guru Penolong" (guru biasa) seakan lupa masalah-masalah ini dan sering memberikan tekanan pada guru.

Sunday, May 2, 2010

kenapa tarikh ini?


Kita akan menyambut hari guru tidak lama lagi pada bulan ini?Kenapa 16 Mei dipilih?
16 Mei dipilih kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.. dasar itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak dari itu dan dinamakan Laporan Razak.Bagi negara lain juga menyembutnya dengan tarikh yang berbeza .

# Albania disambut pada 7 Mac.. satu hari sebelum hari ibu yang bersamaan 8 Mac..
# India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal
# China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan)

HARI GURU

Tema Hari Guru

2009
Pembina Negara Bangsa
2008
Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007
Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006
Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003
Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002
Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001
Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000
Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999
Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998
Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997
Guru Bestari Sekolah Bestari
1996
Guru Malaysia Dan Pendidikan Bertaraf Dunia
1995
Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994
Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993
Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992
Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991
Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990
Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989
Guru Pembina Budaya Ilmu
1988
Guru Pengasas Budaya Membaca
1987
Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986
Pendidikan Teras Nasionalisme
1985
Guru Dan Masyarakat Asas Kesejahteraan Pendidikan
1984
Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983
Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982
Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981
Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980
Pendidikan Teras Perpaduan Rakyat
1979
Murid Sejahtera Negara Jaya
1978
Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977
Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976
Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1975
Guru Dan Pembangunan Negara
1974
Peranan Guru Dalam Zaman Sains Dan Teknologi
1973
Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972
Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Apa saja bantuan.........malah sekadar doa....

Assalamualaikum ...kawan2 tersayang..saya dapat Email yang spam dari kawan saya..Rintihan seorang ibu yang mohon didoakan anak nya yang sakit..Marilah kita sama2 berdoa ..moga segala yang baik bagi anak ni ..Moga keluarganya sabar atas musibah ini..dan moga ALLAH merahmati mereka .. Amin MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...


kepada para guru,
Sama2lah kita mendoakan keselamatan anak, saudara seIslam kita ini....

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkanINSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saturday, May 1, 2010

Hari Pekerja 1 Mei

Selamat Hari Pekerja dan bercuti kepada semua staf SMK Slim............dari AJK Kelab Guru SMK Slim

Wednesday, April 28, 2010

PERINGATAN

Peringatan kepada guru-guru yang ada meja di bilik guru.Pertandingan meja kreatif telah diwar-warkan pada 23 Mac lalu,dan selepas itu didapati terdapat respon yang amat menggalakkan dari guru terutama guru wanita yang telah men"update" kekemasan meja masing-masing.Dari maklumbalas ajk kelab dan pk petang memang terdapat semangat di kalangan guru untuk tujuan pertandingan ini.Syabas guru! respon beginilah yang kamiinginkan.Saya mewakili AJK mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah menunjukkan komitmen kepada kelab ini semoga ianya memberikan kami lebih semangat bekerja secara ikhlas!

Bagi tujuan itu juga dimaklumkan jangka waktu pertandingan tinggal beberapa minggu lagi jadi kepada yang belum memikirkan bagaimana nak mencantikkan meja mulakanlah dari sekarang dan waktu untuk dinilai mungkin tidak berapa lama lagi.....mungkin anda antara pemenang bertuah dan mungkin dapat hadiah....BESAR PUNYA.........!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, April 21, 2010

Ziarah


21 April pihak AJK iaitu Pengerusi,AJK Sukan En. Yusmizal dan Bendahari Cik Fazida Hanan bersama rakan guru En. Yunus,En. Faudzi,Ustazah.Noor Sarirah,ustazah Wan dan Pn.Zanariah telah menziarah En. Tajul Arif Johari di HKL pada sebelah petang selepas persekolahan.Dengan dua buah kenderaan kami bertolak pada jam 3 petang.Bagi guru yang ingin menziarah beliau wadnya ialah Bilik 4 UN1A,Bangunan Urologi HKL waktu lawatan 12-2 dan 4 hingga 7.30 petang.Dari makluman Cikgu Tajul kemungkinan beliau akan dikeluarkan pada hari sabtu atau Isnin nanti.Sewaktu ziarah kami beliau nampak agak lemah namun masih mampu ceria. Kami warga sekolah mengharapkan dan mendoakan Cikgu Tajul segera sembuh dan kembali bertugas.

Thursday, April 8, 2010

Blog ahli

Salam.

Makluman kepada ahli yang mempunyai blog peribadi dan ingin dikongsi bersama untuk di linkkan dalam blog kelab sila berikan pada Pengerusi atau emailkan saja ke email kelab.

Sekian.

Tuesday, April 6, 2010

Salam perjuangan.

Syukur Alhamdulillah majlis bagi meraikan guru dan kakitangan yang bertukar dan juga yang baru telah selamat dijalankan.Dalam keadaan yang begitu sederhana majlis ini cuma satu harapan ahli kelab dapat menjalinkan ikatan persaudaraan yang lebih kukuh.Majlis yang besar tidak semestinya dapat menuju satu matlamat yang murni.

Setelah sekian lama tertangguh kerana tiada waktu dan ruang serta masalah kewangan ,akhirnya majlis ini tetap dijalankan bagi menghargai ahli-ahli kelab.Hanya itu saja yang termampu kami warga AJK lakukan.Semoga selepas ini kita mampu melaksanakan sesuatu program yang lebih meriah.

InsyaAllah.......


Salam perjuangan!

Sunday, April 4, 2010

Sempena Hari Guru

Salam warga kelab.

Sempena sambutan Hari Guru yang akan datang bulan Mei ini pihak Kelab melancarkan satu pertandingan Meja Guru Paling Kemas dan Kreatif yang akan dilancarkan mulai Minggu ini.Oleh itu sila ambil tindakan !

Pengumuman pemenang dan Hadiah akan disampaikan pada sambutan hari guru peringkat sekolah kelak.Maklumat lanjut akan diberitahu kelak antaranya butiran yang akan diberikan perhatian dalam penghakiman.

Sekian.

Friday, April 2, 2010

Semak blog anda

Salam kepada warga kelab

Satu jamuan untuk meraikan guru dan staff yang berpindah akan diadakan pada 6 April 2010.Setelah beberapa kali gagal untuk melaksanakannya akhirnya diharapkan tiada apa-apa aral melintang pada tarikh tersebut.

Para ahli juga sila semak program-program di menu program.Kerana ada beberapa maklumat di situ.

Akhir kata ,salam perjuangan!

Monday, March 8, 2010

Antara punca Kanser dan penyakit

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Sebaik-baiknya buka ke-empat-empat tingkap kereta sekadar 1" - 2" dan biarkan ia terbuka semasa keereta berjalan anatar 200 meter - 500 meter.

Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila telah menyerap ke anggota tersebut .

Monday, March 1, 2010

adakah anda di blacklist bank negara?

Sebenarnya dalam erti kata lain anda tidak di blacklist lagi TAPI nama anda akan tersenarai dalam Biro Kredit di Bank Negara yang menggunapakai CCRIS.




Semakan Kredit CCRIS di Biro Kredit
Sumber : Bank Negara Malaysia


Untuk pengetahuan semua, apabila anda memohon pinjaman dari sesebuah institusi kewangan terutamanya bank dan syarikat finance, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ianya adalah satu penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal peminjam sebelum keputusan pemberian
pinjaman dibuat.

Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil CCRIS.
Antara maklumat yang dikumpulkan adalah butir maklumat peribadi anda spt nama, nombor i/c dan alamat, serta butir terperinci akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit/pinjaman yang anda ada, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status undang-undang jika ada.

Sebagai contoh:

Jika anda mempunyai baki tertunggak pinjaman kereta 3 bulan. Ini akan memberi kesan kpd semakan kredit CCRIS anda, dimana jumlah bayaran tertunggak ini akan 'timbul' sebagai satu rekod pembayaran yang tidak elok.

Walaupun anda selesaikan bayaran 3 bulan yang tertunggak itu sekaligus, rekod pengendalian akaun anda akan tetap menunjukkan anda pernah tidak bayar pinjaman kereta untuk 3 bulan.

Dalam erti kata lain, semua maklumat ini ada direkodkan dan semuanya diberi kepada institusi kewangan berkenaan untuk membantu mereka membuat keputusan samada untuk meluluskan pinjaman atau tidak.

Sistem CCRIS atau Biro Kredit tidak memberi pendapat terhadap semakan kredit seseorang. Sebaliknya hanya memberi maklumat kredit sebagai rujukan bank berkenaan. Semua keputusan samada untuk meluluskan pinjaman, bergantung kepada polisi dan budi bicara bank tersebut.

Jadi, jagalah rekod pembayaran pinjaman anda dengan baik supaya ia memudahkan pengurusan kewangan anda di kemudian hari.

Diharap maklumat ini dapat membantu anda memahami mengapa pihak bank agak strict sejak akhir-akhir ini dalam meluluskan apa jua permohonan pinjaman.

Maklumat lanjut berkenaan biro kredit boleh didapati di http://creditbureau.bnm.gov.my/

Buat pengetahuan semua sebelum ini ada cerita atau berita berkaitan guru-guru yang muflis dan mempunyai banyak hutang sehingga pihak NUTP pernah menasihatkan kakitangan awam khususnya guru agar berwaspada.

Sekian untuk maklumat.