Sunday, January 31, 2010

MAAFKAN CIKGU…..
Petikan drpd http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/06/18/maafkan-cikgu/

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. Ceritanya: Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
“Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Kepimpinan,memimpin,dipimpin

Salam.Pada kali ini saya ingin membuka minda kita dengan menyentuh sedikit mengenai kepimpinan.

Kepimpinan didefinisikan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian objektif organisasi. Pemimpin (Leader) adalah orang yang mempengaruhi individu dan kumpulan di dalam organisasi, membantu mereka menetapkan matlamat, beri panduan kearah mencapai matlamat tersebut dan sebagai hasilnya dapat menjadikan mereka menjadi lebih efektif. Mengikut Gregory P.Smith “… a leader is a person who inspires people to take a journey to a destination they wouldn’t go to by themselves…” .Matlamat kepimpinan adalah untuk meningkatkan prestasi pekerja , meningkatkan kualiti, menambah output yang juga mempertingkatkan perasaan kebanggaan di kalangan orang bawahan. Pemimpin bukan hanya sekadar mencari kegagalan tetapi menyelesaikan dan mencari punca kegagalan untuk membantu orang bawahanya melakukan yang lebih baik. Seseorang pemimpin juga ialah seorang yang mampu menghasilkan suatu perubahan atau transformasi pada mereka yang dipimpinnya, dirinya sendiri dan organisasinya ke arah tujuan yang ditetapkan bersama.
Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh mengarah aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleh pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan samada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

Berjumpa dilain masa...........

Thursday, January 28, 2010

ISU PANAZZZZZZZZZ...............

Salam warga KGKT.........

Seperti yang diduga isu yuran akan menjadi 'hangat'.Berdasarkan pengalaman saya setelah berhijrah di 6 buah sekolah memang walau di sekolah mana sekalipun bagi ahli kelab ini lah isu paling hangat.Tetapi apa yang menarik pendapat yang diberi oleh kalangan guru adalah alasan yang sama yang biasa saya dengar satu ketika dulu di sekolah-sekolah terdahulu dan paling menarik telah muncul "Zorro Pen Marker Merah" 'ZPMM'y ang memberi ulasan.Terima kasih kepada ZPMM.Pasti ZPMM ini adalah guru yang banyak pengalaman.
Sebenarnya ahli kelab sekalian,saya dan pihak AJK sedar akan perkara ini dan pengalaman saya yang lepas juga isu yuran akan dibuka dalam mesyuarat kelab.Pernah di sekolah terdahulu isu ini dibincang dalam mesyuarat hingga hampir dua jam,itupun kerana pihak pentadbir memberi ruang yang cukup baik buat guru keran menganggap Kelab Guru adalah sesuatu yang bermakna buat warga guru dan kakitangan,guru-guru saling memberi pandangan dan pandangan yang berbeza inilah sebenarnya menghidupkan suasana dalam kelab.Guru saling berkomunikasi...tapi cikgu jangan sampai terlalu beremosi sesama kawan...........
Jadi untuk memberikan gambaran kepada tindakan AJK mewar-warkan pengutipan yuran dengan kadar yang lebih tinggi dari tahun sebelumnya adalah berdasarkan perkara berikut:

1. Sebenarnya lebihan wang dari tahun lepas tidak sampai RM41.Jadi kami hanya meletakkan yuran perlu dibayar sebanyak RM60(DG44),RM50(DG41) dan RM40(staff) sepenggal semata-mata memberi 'gempak' pada para guru agar yuran ini dapat dikutip seberapa segera kerana ada aktiviti yang sepatutnya di jalankan pada Januari ini.Seperti yang kita tahu PK HEM En. Zain telah berpindah dan Pengetua memaklumkan kepada AJK kelab untuk membuat satu majlis.Pada pendapat kami AJK baki yang sedikit itu menyebabkan majlis tidak dapat dijalankan dalam kadar segera sedangkan kita telah tahu hal pertukaran ini dari bulan Disember lagi.Bukan begitu?Kami beranggapan baki wang yang sedikit ini mengambarkan yuran yang dikutip dahulu tidak dapat menampung sepenuhnya aktiviti sedangkan seperti yang kita tahu dahulu pihak kelab masih juga menjalankan kutipan-kutipan apabila ada sesuatu majlis bagi menampung kewangan.Jadi jika difikrkan yuran RM50 dahulu yang dibayar ditambah dengan kutipan sampingan itu pada kami ianya mengahampiri juga jumlah RM100.Cuma kita tidak sedar dan wang tidak dikutip sekali gus.
Apakah kesan dari perkara tersebut?
Apa yang kami kesan ialah apabila berlaku kutipan ada dikalangan kita yang merungut dan menyebabkan ada yang 'terlepas' untuk membuat bayaran sedangkan program masih perlu dijalankan atas nama kelab.Jadi siapa yang sebenarnya terlibat dengan program tersebut kalau ada yang bayar dan ada yang hanya sain pada bahagian nama tapi tak bayar.dari sumber yang dirisik juga ada yang menyatakan mengapa setiap program perlu lagi kutipan sedangkan sumber yuran telah telah ada (sebabnya yuran tak dapat tampung).keadaan inilah yang berlaku sekarang iaitu cakap-cakap belakang dan sebab itu jugalah AJK tak tahu masalah sebenar kerana tidak dimaklumkan sebarang pendapat atau masalah oleh ahli secara terus-terang dan saya tidak hairan dengan hal-hal begini......adatlah cikgu sebagai manusia................Akhirnya aktiviti yang sepatutnya semua ahli terlibat tidak dapat kerjasama sepenuhnya.

2.Sebagai keluarga 'baru' AJK kelab apabila kami diberi mandat sebenarnya kami di sini bagai di dalam lorong yang gelap.....
kerana
1. Mesyuarat AJK tidak dapat dijalankan secepat mungkin kerana surat lantikan masih tidak kami terima takut nanti ada yang kata kami giler kuasa...............
2.Berdasarkan pengalaman dan ahli keluarga baru di SMK Slim juga kami tidak dapat gambaran perjalanan kelab di sini...dari segi perlembagaan.Siapakah yang mempunyai hak menentukan kadar Yuran? Siapakah sebenarnya Ahli Kelab dalam Perlembagaan? Siapa sepatut melantik AJK yang lain? Harap dapat bantuan AJK dahulu...........
Pemilihan tempohari hanya Pengerusi,Naib Pengerusi,Bendahari dan SU sahaja yang dipilih.Dan saya rasa bertuah kerana AJK saya adalah mereka yang muda dan banyak idea serta rajin.
3.Dari segi kewangan kami mengharapkan mendapat rujukan dari fail kewangan terdahulu.Kami agak keliru dengan perjalanan kewangan kerana yang ada adalah berdasarkan penggunaan yuran kelab sahaja.Harap dapat penyata kewangan bagi setiap aktiviti yang terlibat dahulu sebagai panduan kepada kami AJK baru.

Jadi kepada warga kelab jangan lah risau.....kita akan teliti kembali perkara ini dengan kuasa MAJORITI dari anda...........cuma saya tidak setuju mengadakan mesyuarat yang biasanya hanya akan mengambil ruang masa yang banyak....pendekatan kita ialah kita undi setelah membuat pertimbangan dan kertas undi akan diedarkan tidak lama lagi.
Terima kasih.



Tuesday, January 5, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR



Kami mewakili warga SMKS ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kepada yang menyambutnya pada Januari 2010 ini:




TN HJ MOHD ROSLAN B JAMIL (27/01/1953)
EN. MUZAMMIL BIN SULAIMAN (13/01/1954)
EN. ABD LAH AZIZI B ABU BAKAR (7/01/1969)
EN. AINUDDIN B MUHAMMAD (20/01/1972)
PN. KAMISAH BT LAN (31/01/1964)
EN. MOHAMAD YUSOF B MOHAMAD NOOR (16/01/1967)
EN. MOHAMED BIN EMBONG (01/01/1971)
EN. MOHD FAUDZI B JAMALUDIN (01/01/1972)
TN HJ TAJUL ARIF B JOHARI (07/01/1963)
PN. RUSILAH BT ABD RAHMAN (21/01/1962)
PN. WAN ZAITON BT WAN HAMZAH (03/01/1969)


KEPADA GURU YANG KAMI 'TERLEPAS PANDANG' JANGAN AMBIL HATI SILA MAKLUM PADA KAMI.

KEPADA RAKAN GURU SEMUA BOLEH MELAYARI BLOG KELAB GURU http://kelabguru-smkslim.blogspot.com DAN BERIKAN UCAP SELAMAT KEPADA RAKAN KITA YANG MENYAMBUT HARI LAHIR DI RUANGAN DISEDIAKAN.

TERIMAKASIH.

Saturday, January 2, 2010

Pada 2 hb Januari 2010 yang lalu pihak AJK Kelab Guru sessi 2008/2009 telah dengan rasminya dibubarkan.Dalam mesyuarat yang ringkas pada jam 12.20 tengahari itu satu sessi pemilihan AJK baru Kelab Baru secara ringkas juga telah dijalankan.
Acara pemilihan berjalan dengan begitu tenang dan lancar telah menyenaraikan beberapa nama baru bagi mengantikan AJK yang terdahulu.Berikut adalah senarai AJK bagi sessi 2010/2011 hasil dari pemilihan tersebut dan juga senarai AJK sessi 2008/2009.

Kelab Guru SMK Slim Sesi 2008/2009

Pengerusi : En. Hasri b Hashim
Naib Pengerusi :CIK Nur Shaliza bt Mohd Nazri
Setiausaha : Cik Rozana bt Ahmad
Naib Setiausaha :
Bendahari : Cik Fazida Hanan bt Muhammad
Naib Bendahari :

Ahli Jawatankuasa




Kelab Guru SMK Slim Sesi 2008/2009

Pengerusi : En. Megat Iskandar B Megat Yusoff
Naib Pengerusi : En. Mohd Faudzi B Jamaludin
Setiausaha : Pn. Rokiah Bt Nanyan
Naib Setiausaha : Pn. Rozita Bt Adnan
Bendahari : En. Ravi A/L Ponnusamy
Naib Bendahari : En. Shukri B Hussain

Ahli Jawatankuasa

En. Mohd Faisal B Kamarulzaman @ Yahaya
Pn. Khairunisak Bt Jamaludin
Pn. Sharifah Bt. Ahmad
Pn. Krisnaveny A/P Kally

Kepada semua AJK 2008/2009 yang lalu diucapkan jutaan terima kasih atas khidmat yang penuh ikhlas
tanpa mengharapkan ganjaran.