Wednesday, August 18, 2010

Cikgu Halim dalam kenangan



Cikgu Abdul Halim Idris telah selamat di kebumikan pagi ini 18 Ogos 2010 bersamaan 8 Ramadhan 1431 hijrah.Allahyarham meninggal jam 4.30 pagi tadi setelah mengalami koma beberapa hari.Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.Amin.

Thursday, August 12, 2010

Buletin Kelab

Salam buat warga SMKS,

Begitu cepat masa berlalu, kini kita telah berada di bulan Ogos 2010.Harapan kami semoga anda semua telah dapat mencapai apa yang disasarkan bagi tahun 2010 ini,jika belum teruskan usaha anda.Kami AJK KGK juga berharap kami akan terus mendapat sokongan dari ahli semua. Nampaknya beberapa program telah pun dijalankan atas nama KGK ini, dan ada juga antaranya terbantut akibat beberapa masalah terutamanya dari segi penyertaan ahli secara total.Sebenarnya setiap program yang ingin dijalankan akan mengaitkan kewangan dan itulah antara masalah yang dihadapi.Namun begitu hanya segelintir sahaja yang belum membayar yuran.Ahli yang belum membayar yuran bermakna anda sebenarnya terhutang dengan ahli-ahli yang lain,kerana beberapa program dan yuran PSKPP misalnya kita mengambil kira setiap individu, jadi yang belum menjelaskan yuran itu bermakna anda telah meminjam dari ahli lain bagi bayaran-bayaran tersebut, itulah situasinya.Bayaran PSKPP misalnya sememangnya setiap tahun akan dibayar melalui kelab seperti yang telah tercatat dalam rekod dahulu.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa anda boleh memberikan pendapat dan idea melalui boring(form seperti contoh di atas) yang disediakan di dalam blog kelab.Pendapat dan pandangan anda amat kami perlukan bagi meninjau sejauh mana dan apakah kehendak sebenar ahli. Antara yang kami perlukan ialan cadangan bagi aktiviti berkaitan Hari Raya,persaraan ahli (tempat hendak diadakan jamuan),tempat-tempat yang sesuai untuk diadakan jamuan akhir tahun atau hari keluarga,kelas IT dan sebagainya.Oleh itu kami sangat menghargai penyertaan ahli dalam apa bentuk sekali pun.Semoga kami dapat memuaskan hati atau sebahagian besar ahli.Salam Ramadhan.

Sekian.

Wednesday, August 11, 2010

Doa

Kepada sahabat sekalian........

Doakanlah yang terbaik buat sahabat kita cikgu halim yang kini di masukkan semula ke hospital..............

Moga kita dapat merasakan (empati) juga apa yang sedang dialaminya dan moga kita dapat menginsafi diri kita.Moga bulan penuh keberkatan ini Allah memberikan beliau kekuatan.

kekawan naik pangkat!!!

Tahniah kami ucapkan kepada sahabat-sahabat kita yang naik pangkat.

1. En. Arfahshad Sulaiman
2. Pn. Arba'ayah Adnan
3.Pn. Wan Zaiton bt Wan Hamzah




Satu majlis akan diadakan,kepada yang ingin memrikan cenderahati/hadiah sila maklum.

Tuesday, August 3, 2010

Kereta baru


Foto di atas adalah foto terbaru kereta proton mengantikan Waja.Amacam.......teringin.Topik kali ni bukan pasal kereta Waja.Tapi tentang pinjaman kereta yang layak bagi guru.Sila klik link di bawah untuk melihat pekelilingnya....

Pekeliling

Berikut adalah sebahagian dari petikan .

Permohonan pinjaman untuk membeli kereta daripada seseorang pegawai yang gaji pokoknya kurang daripada RM 1,320 sebulan hanya boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut :-
(a) Pegawai itu tidak dapat menjalankan tugas rasminya dengan cekap setiap hari tanpa menggunakan sebuah kereta sendiri;
(b) Pegawai mempunyai lesen memandu yang sah;

3
(c) Jumlah ansuran potongan bulanan pinjaman kereta tidak boleh melebihi 1/3 daripada gaji pokok serta elaun-elaun pegawai dan jumlah semua potongan termasuk potongan
ansuran kereta yang ditanggung oleh pegawai tersebut tidak boleh melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun.
(d) Kenderaan Jabatan tidak dapat diperuntukkan kepada pegawai bagi kegunaannya ketika hendak menjalankan tugas rasmi.
(e) Pegawai berkemampuan membayar kembali pinjaman didalam tempoh yang ditetapkan.
6. Sebarang kos yang terlibat (jika ada) ekoran pembatalan permohonan ditanggung sendiri oleh peminjam.

Tanggungjawab Peminjam

(a) Borang Permohonan (Kew. 294 - Pin. 1/93) dalam 4 salinan.
(b) Borang butir-butir tambahan kepada Borang
Permohonan Pinjaman Kereta (SPK 5 / 94).
(c) Sebutharga yang terperinci bagi pembelian kereta
baru.
(d) Salinan Penyata Gaji yang terbaru yang disahkan.
(e) Dokumen Tambahan Bagi Kereta Terpakai Sijil Nilaian Kereta yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal bagi pembelian kereta terpakai. Sijil Nilaian Kereta ini mestilah
mengandungi butir-butir berikut :-
(i) Nama pemilik daftar;
(ii) Jenis, nombor dan kuasa kereta
(iii) Nombor ‘chasis’ dan nombor enjin;
(iv) Nilai kereta; dan
(v) Baki tempoh kereta tersebut berekonomi dan selamat dipakai

Kajiselidik Cuti Bersalin 90 hari

KAJISELIDIK CUTI BERSALIN 90 HARI

Kepada Semua Ahli KPPK.

Merujuk kepada perkara diatas sila beri maklum balas ke Ibu Pejabat KPPK dengan kadar segera dan hantarkan ke mail@nutp.org

Sila muat turun: Kajiselidik Cuti Bersalin

Ijazah OUM

NILAI TARAF IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan.

Klik Disini untuk melihat senarai.

Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.

Kolam baru sudah berfungsi




Kolam baru berdekatan makmal atas sumbangan En Rosli bekas salah seorang staff SMK Slim yang telah berpencen telah pun berfungsi mulai hari ini.Sesiapa yang belum tengok bolehlah pergi tengok.Kolam ini hasil kerja keras abg Mi dan abg Man.Tahniah.....



p/s: jangan ada bawa joran malam ni pergi mancing kat kolam plak....hehehe

abg mi dan abg man: projek kolam udang plak lepas ni


Masalah bagi sesiapa saja yang memegang organisasi

Salam.
Menguruskan sesuatu organisasi sama ada besar atau kecil sememmangnya memerlukan tindakan dan keputusan yang dapat memenuhi kehendak majoriti.Majoriti bermakna apa-apa keputusan disenangi dan mahu diikuti oleh sebahagian besar individu dalam organisasi.Adalah sesuatu mustahil bagi memenuhi kehendak pelbagai kemahuan dan permintaan atau dengan lain perkataan memenuhi kehendak semua.Hendak atau tidak kita terpaksa mengorbankan perasaan miniroti yang kadang-kala mungkin disebabkan ketidakmampuan minoriti bagi melengkapkan kemahuan majoriti.Misalnya didalam masalah yuran,majoritinya setuju dengan jumlah yang diputuskan manakala sebilangan kecil menentang kerana atas sebab-sebab yang dinyatakan tadi.Oleh itu sebagai orang yang mengetuai organisasi kita terpaksa menhadapi situasi-situasi begini dan perlu tegas walau jelas dan faham tindakan-tindakan yang bakal diterima oleh golongan-golongan atau kumpulan yang kecil ini.Namun,mereka ini kita harus memberikan sokongan dan bukan membuang mereka jauh-jauh dari organisasi.Sebagai majoriti kita perlu juga menghormati mereka dan keputusan mereka.


Monday, August 2, 2010

Makanan dalam tin dan makanan segera

Ini satu rencana yang telah masuk ke email saya.Saya paparkan dengan memasukkan link penulis asal.
Bagi saya bukan sahaja makanan dalam tin malah makanan segera yang lain juga perlu kita kawal dari mengambil terlalu kerap.Bagi guru-guru masa di maktab yang suka makan mee segera tu................bawa-bawalah buat pemeriksaan kesihatan.....mana lah tahu kan......

Kisahnya...........
Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakankebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.


Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar,rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak
perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin.
Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah.
Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini,sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan.
Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba
Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka
ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin dan sebarang jenis produk dalam tin.



Artikal ini Dipetik dari halaqah.net

Mahani Amat @ Halimi
Pegawai Pertanian
Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor

Tel: 03-89466991
Faks: 03-89466964
43400 Serdang
Selangor