Friday, October 21, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2011




Alhamdulillah,setelah merancang beberapa lama akhirnya terlaksana sudah jamuan akhir tahun kelab pada 21 Oktober 2011 yang lalu.Pada jam 8 malam bertempat di Dewan Makan Asrama sekolah,kehadiran pada kali ini adalah yang teramai dari pada yang lepas.

Kami amat berterima kasih pada Pengetua SMK Slim yang amat prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh AJK kelab dan memberikan sokongan yang amat bererti buat kami meneruskan agenda kelab.

Dengan kekangan-kekangan yang hanya ajk hadapi namun dengan kerjasama yang amat baik dari ajk dan guru serta staf akhirnya jamuan akhir tahun ini dapat dilaksana dalam keadaan yang boleh dikatakan baik.Kami amat berterima kasih buat guru-guru terutama yang bukan di kalangan ajk yang sanggup memberikan tenaga untuk membantu kami menyediakan segala keperluan jamuan ini.Terima kasih buat Cikgu Razak Ahmad yang sudi menyediakan set karoke dan juga meminjamkan alatan dari masjid kampung beliau bagi acara jamuan.

Sekali lagi,saya selaku Pengerusi kelab amat-amat terharu dengan sokongan yang diberikan dan memohon maaf atas kekurangan dan juga terpaksa bergegas pulang kerana mendapat panggilan kecemasan berkaitan kesihatan anak pada malam tersebut.

Terima kasih,daun keladi.

Thursday, June 16, 2011

Selamat datang dan Selamat bertukar

Selepas cuti sekolah ni banyak berlaku pertukaran guru ke sekolah.Kepada yang baru datang Selamat Datang diucapkan.
Dikhabarkan juga Pengetua Pn Hjh Rohani Abd Hamid akan bertukar ke SMK Sungkai pada 27 Jun ini.Apa-apa pun bersedialah untuk mengadakan jamuan ye.......

He!

Saturday, June 4, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BULAN JUN 2011

SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI

VENUGOPAL A/L DAMODARAN NAIR

5/54

NAZATUL SYIMA BT MUSTAFFA

5/74

ZAINOL ARIFFIN B MUSTAFA AFANDI

6/64

ZANARIAH BT ZULKAFLI

10/71

NOR HASNI BT MANSOR

13/76

MOHD IDRIS B RASHID

18/65

KHAIRUNNISA BT MYDIN

22/60

NUR SHALIZA BT MOHD NAZRI

25/85

ROSLIZA BT HAMZAH

29/66

SHAHARUDDIN B ISHAK

29/57

Friday, June 3, 2011

Cuti dan kenduri kahwin....


Kenduri...kenduri....
Mungkin ahli semua sibuk dengan kenduri kahwin cuti dua minggu ni.....
dan paling sibuk...pastilah Naib Pengerusi yang telah bertukar status pada 28 Mei 2011 yang lalu dan pada 4 Jun ini kenduri di belah pihak pengantin lelaki di Hutan Kampung AS Kedah.Kami warga AJK Kelab mengucapkan selamat pengantin baru moga kekal sampai ke akhir hayat....

Kami juga merakamkan tahniah kepada Pn Ramnah dan suami PM Hj Talib Samat yang akan menerima menantu pada 4 Jun 2011.InsyaAllah kami akan hadir ke kenduri.

Terima kasih juga atas jemputan bekas guru di SMK Slim Cikgu Nazri yang juga akan menerima menantu pada 11 Jun nanti.Tahniah.


Wednesday, May 18, 2011

Tahniah.Selamat Hari Guru






Tahniah

Hanya ini yang mampu kami berikan.

Hadiah kepada pemenang meja guru paling kreatif,kemas dan bersih dan pertandingan kuiz untuk staf bukan akademik dan pentadbir telah diadakan pada 16 Mei yang lalu sempenan sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah.

Kami AJK Kelab ingin merakamkan terima kasih atas kesudian semua untuk sama-sama menyertai pertandingan yang dilakukan dan dirancang sejak bulan Mac yang lalu.Hanya itu yang mampu kami berikan sempena Hari Guru ini....maklumlah....susah nak dapat sponsor beso!!!!

Cuma apa yang membanggakan saya ialah pihak AJK semua berjaya merancang pertandingan tersebut dan mungkin kelab guru kakitangan SMS ialah satu-satunya Kelab Guru yang menganjurkan pertandingan sebegitu di daerah ini.Syabas!!!


Wednesday, May 4, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BULAN MEI 2011

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AHLI KELAB YANG MEYAMBUTNYA PADA MEI INI
MOGA DIPANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.INSYALLAH


ROS AIDA BT ALKARIMAH

KAMARULZAMAN B MOHAMAD

ASMAHANI BT JAAFAR



Thursday, March 31, 2011

SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR PADA BULAN APRIL BUAT GURU KAKITANGAN BERIKUT:
RAVI A/L PONNUSAMY
NEELAVANI A/P SUBRAMANIAM
MAZITA BT HJ YAHYA
SHARIFAH BT SHARIF
...
ROHANI BT ABD HAMID
NORHAYATI BT ISMAIL
FAZIDA HANAN BT MUHAMMAD FADZIL
SAPINAH BT DERAMAN
SHUKRI B HUSSEIN


semoga sentiasa ceria

NAMA DI ATAS ADALAH MENGIKUT SUSUNAN TARIKH .BAGAIMANAPUN TARIKH LAHIR MEREKA BIARLAH RAHSIA.