Friday, October 21, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2011




Alhamdulillah,setelah merancang beberapa lama akhirnya terlaksana sudah jamuan akhir tahun kelab pada 21 Oktober 2011 yang lalu.Pada jam 8 malam bertempat di Dewan Makan Asrama sekolah,kehadiran pada kali ini adalah yang teramai dari pada yang lepas.

Kami amat berterima kasih pada Pengetua SMK Slim yang amat prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh AJK kelab dan memberikan sokongan yang amat bererti buat kami meneruskan agenda kelab.

Dengan kekangan-kekangan yang hanya ajk hadapi namun dengan kerjasama yang amat baik dari ajk dan guru serta staf akhirnya jamuan akhir tahun ini dapat dilaksana dalam keadaan yang boleh dikatakan baik.Kami amat berterima kasih buat guru-guru terutama yang bukan di kalangan ajk yang sanggup memberikan tenaga untuk membantu kami menyediakan segala keperluan jamuan ini.Terima kasih buat Cikgu Razak Ahmad yang sudi menyediakan set karoke dan juga meminjamkan alatan dari masjid kampung beliau bagi acara jamuan.

Sekali lagi,saya selaku Pengerusi kelab amat-amat terharu dengan sokongan yang diberikan dan memohon maaf atas kekurangan dan juga terpaksa bergegas pulang kerana mendapat panggilan kecemasan berkaitan kesihatan anak pada malam tersebut.

Terima kasih,daun keladi.

Thursday, June 16, 2011

Selamat datang dan Selamat bertukar

Selepas cuti sekolah ni banyak berlaku pertukaran guru ke sekolah.Kepada yang baru datang Selamat Datang diucapkan.
Dikhabarkan juga Pengetua Pn Hjh Rohani Abd Hamid akan bertukar ke SMK Sungkai pada 27 Jun ini.Apa-apa pun bersedialah untuk mengadakan jamuan ye.......

He!

Saturday, June 4, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BULAN JUN 2011

SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI

VENUGOPAL A/L DAMODARAN NAIR

5/54

NAZATUL SYIMA BT MUSTAFFA

5/74

ZAINOL ARIFFIN B MUSTAFA AFANDI

6/64

ZANARIAH BT ZULKAFLI

10/71

NOR HASNI BT MANSOR

13/76

MOHD IDRIS B RASHID

18/65

KHAIRUNNISA BT MYDIN

22/60

NUR SHALIZA BT MOHD NAZRI

25/85

ROSLIZA BT HAMZAH

29/66

SHAHARUDDIN B ISHAK

29/57

Friday, June 3, 2011

Cuti dan kenduri kahwin....


Kenduri...kenduri....
Mungkin ahli semua sibuk dengan kenduri kahwin cuti dua minggu ni.....
dan paling sibuk...pastilah Naib Pengerusi yang telah bertukar status pada 28 Mei 2011 yang lalu dan pada 4 Jun ini kenduri di belah pihak pengantin lelaki di Hutan Kampung AS Kedah.Kami warga AJK Kelab mengucapkan selamat pengantin baru moga kekal sampai ke akhir hayat....

Kami juga merakamkan tahniah kepada Pn Ramnah dan suami PM Hj Talib Samat yang akan menerima menantu pada 4 Jun 2011.InsyaAllah kami akan hadir ke kenduri.

Terima kasih juga atas jemputan bekas guru di SMK Slim Cikgu Nazri yang juga akan menerima menantu pada 11 Jun nanti.Tahniah.


Wednesday, May 18, 2011

Tahniah.Selamat Hari Guru






Tahniah

Hanya ini yang mampu kami berikan.

Hadiah kepada pemenang meja guru paling kreatif,kemas dan bersih dan pertandingan kuiz untuk staf bukan akademik dan pentadbir telah diadakan pada 16 Mei yang lalu sempenan sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah.

Kami AJK Kelab ingin merakamkan terima kasih atas kesudian semua untuk sama-sama menyertai pertandingan yang dilakukan dan dirancang sejak bulan Mac yang lalu.Hanya itu yang mampu kami berikan sempena Hari Guru ini....maklumlah....susah nak dapat sponsor beso!!!!

Cuma apa yang membanggakan saya ialah pihak AJK semua berjaya merancang pertandingan tersebut dan mungkin kelab guru kakitangan SMS ialah satu-satunya Kelab Guru yang menganjurkan pertandingan sebegitu di daerah ini.Syabas!!!


Wednesday, May 4, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BULAN MEI 2011

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AHLI KELAB YANG MEYAMBUTNYA PADA MEI INI
MOGA DIPANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.INSYALLAH


ROS AIDA BT ALKARIMAH

KAMARULZAMAN B MOHAMAD

ASMAHANI BT JAAFAR



Thursday, March 31, 2011

SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR PADA BULAN APRIL BUAT GURU KAKITANGAN BERIKUT:
RAVI A/L PONNUSAMY
NEELAVANI A/P SUBRAMANIAM
MAZITA BT HJ YAHYA
SHARIFAH BT SHARIF
...
ROHANI BT ABD HAMID
NORHAYATI BT ISMAIL
FAZIDA HANAN BT MUHAMMAD FADZIL
SAPINAH BT DERAMAN
SHUKRI B HUSSEIN


semoga sentiasa ceria

NAMA DI ATAS ADALAH MENGIKUT SUSUNAN TARIKH .BAGAIMANAPUN TARIKH LAHIR MEREKA BIARLAH RAHSIA.

Tuesday, March 22, 2011

PERTANDINGAN

PERTANDINGAN BOWLING SEMPENA HARI GURU 2011
PADA APRIL 2011
YURAN PENYERTAAN DAN SYARAT PERTANDINGAN AKAN DIMAKLUMKAN
PERTANDINGAN MEJA KEMAS DAN KREATIFYANG DIPERKENAL PADA TAHUN 2010 JUGA AKAN DITERUSKAN PADA TAHUN INI ATAS PERMINTAAN RAMAI.

P/S : BOLEH MULA MENGHIAS MEJA MULAI SEKARANG KHASNYA GURU LELAKI....hehehe

Thursday, March 10, 2011

Maafkan saya...................

Salam sejahtera buat semua.
Adakah sahabat kelab sibuk dengan tugas 2-3 bulan ini...........Alhamdulillah.bermakna kita masih ada tugas untuk dilakukan...
Kejohanan balapan dan padang MSSD Batang Padang pun baru sahaja selesai...........dengarnya ramai kalangan guru kita yang agak tertekan .....maklumlah banyak perkara difikirkan.Sistem yanng berubah pada tahun ini agak membuat kita kelam kabut....mungkin kita belum begitu bersedia untuk 1M 1S.....bagaimanapun kita terpaksa menghadapinya...dan terpaksa mengharungi risiko.........dengan tabah!
Selain itu kita juga terpaksa memikirkan kelas tambahan yang telah pun berjalan,ujian selaras pertama juga baru saja tamat...........fuh! memang memenatkan.
Apa yang penting ialah kita mampu mengawal emosi serta kekuatan fizikal..........
Dalam keadaan beginilah kita memerlukan kerjasama padu antara kita..........yang penting kita lakukanlah tugas kita.............tak perlulah kita membuat perbandingan dengan tugas-tugas rakan yang lain.yang mungkin pada pandangan kita mereka seperti tak banyak tugas tapi sebenarnya kita tidak tahu keadaan sebenar.....jadi sebelum berkata apa-apa baik selidik dahulu.Ini waktu kita sibuk mungkin dilain masa giliran rakan lain pula ....jadi usahlah kita menganggu emosi kita dengan perkara begitu.kecuali jika ada bukti kita telah diberikan tugas yang melampau dari orang lain..............jadi kita berhak bersuara!!!! bukan mengata.......apatah lagi kalau kita ini jenis yang susah untuk meminta maaf.........jadi,jangan lah senang-senang mencari dosa pula!!!!!!!!!!!!

Saya teringat kisah sahabat saya di sekolah lama dahulu yang suka mengata sahabat yang telah dinaikan pangkat.....tapi apabila dia pula memegang jawatan dia juga membuat tindakan yang sama macam sahabat yang selalu dicemuhnya itu.Itulah adat dunia.......kita selalu menilai orang dari sudut negatif...........kelak balasannya akan kita terima.....memang senang untuk mengkritik......tetapi mungkin memberi teguran membina itu adalah lebih baik.

Renung-renungkan..........dan selamat bercuti!!!!!!!
1 Mac 2011

Sunday, February 6, 2011

Terima kasih


Terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan Majlis Jamuan Persaraan dan pertukaran Guru SMK Slim di Awana Genting Highland pada 29 Januari 2011.

Thursday, January 6, 2011

MAJLIS PERSARAAN PK

Seperti yang telah ditetapkan dalam mesyuarat kedua,tiada perubahan ketara berbanding mesyuarat pertama.ajlis akan diadakan pada 26hb Januari di sekolah manakala majlis jamuan makan sempena persaraan Tn Hj Mohd Roslan ialah pada 29hb Januari 2011 bertempat di Awana Genting Highland pada jam 3 petang.Bayaran bagi seorang ialah RM48 tidak termasuk kos tambang bas .

Sekian dimaklumkan.

Monday, January 3, 2011

Selamat Menempuh Tahun baru 2011

Selamat tahun baru 2011.Agak terlambat ucapan ini.Harap maaf.
Mengapa kita melihat atau mengukur pencapaian kita berdasar kan setiap tahun? dan tahun ini pasti ramai yang akan membuat azam baru pula seolah apa yang kita lakukan pada tahun sebelumnya menghadapi kegagalan.....harap tidak.Setiap tahun adalah kegagalan yang merupakan 'guru' dan pengalaman paling baik bagi kita,manakala kejayaan pula merupakan satu dorongan bagi kita mencari yang lebih baik....kesimpulannya setiap dari kita akan menghadapi kegagalan dan kejayaan dalam kehidupan.Namun yang penting bagaimana kita menangani situasi tersebut.

Apa yang selalu diperhatikan manusia suka melihat kegagalan dan kesalahan orang lain dan jarang untuk mengingati kejayaan dan segala kebaikan yang telah diberikan oleh orang tersebut.Seperti yang pernah saya nyatakan..... orang suka bercerita tentang kesilapan orang lain.....bukan untuk memberikan dorongan atau menasihati rakan,malah cuba memberikan tekanan dan memberikan gambaran buruk orang lain.Moga kita sama-sama cuba menjauhi sifat suka mengata di belakang........rasanya kita pun tahu itu merupakan perbuatan yang tidak baik.

Semoga tahun 2011 ini kita dapat berubah kepada kebaikan dan menjauhi perkara dan sifat yang buruk.........moga apa yang kita lakukan tidak menimbulkan kecil hati di kalangan rakan-rakan yang seterusnya memberi masalah dalam pentadbiran dan aktiviti yang dirancang.Bertolak ansur adalah lebih baik.Malangnya perkara itulah yang paling sukar untuk kita capai.......malah hanya orang yang sama terpaksa mengalah....mungkin itu memang sudah sifat mereka....dan kita harus mencontohi sifat tersebut.

Moga tahun ini kita lebih teguh dan bersatu!