Wednesday, July 28, 2010

Cikgu kena kacau.........

Pada 21 hingga 23 yang lalu saya telah menyertai satu kem motivasi pelajar kelas RK di Kolej Aminuddin Baki UPSI. Saya bukan nak cerita tentang kem tersebut....cuma ada cerita untuk kita jadikan ingatan.
Al kisah seorang AJK iaitu guru kita menceritakan kisah beliau telah diganggu oleh mungkin kita boleh klasifikasikan sebagai makhluk halus.Saya teringat pada hari pertama pesan saya pada pelajar termasuk cikgu kita itu bahawa walaupun KAB ini kelihatannya asrama yang indah sebenarnya tapak asal KAB ini agak "keras".
Tidak terlintas pula cikgu kita ini telah diuji pula pada waktu maghrib hari pertama itu.Mujur tiada apa yang buruk berlaku.Saya tidak mahu cerita panjang,kalau minat boleh dengar dari mulut cikgu tu sendiri ya!
Saudara saya yang juga penduduk di kawasan behrang hulu pernah menyatakan tentang kawasan di sekitar pembangunan proton ini yang tapak asalnya adalah hutan belantara yang dulunya banyak penghuni-penghuni lain.Banyak kisah-kisah nya.Dan SK Proton juga tidak terkecuali dari perkara ini.........
Cuma nasihat saya di mana juga guru-guru bertugas terutama di kawasan yang asing bagi kita selalulah beringat...........

Salam.

Tuesday, July 27, 2010

Cikgu seksi kot?

Ini ada nasihat seorang guru,orang Tapah,katanya...................

"Kepada guru2 wanita berhati2 memilih pakaian ke sekolah.. minggu lepas, rakan saya(A) yg sedang mengajar dikelasnya di panggil oleh pelajarnya dan berkata kepada beliau" cikgu , 'adik' saya naik lah" tanpa rasa malu sedikit pun di depan semua rakan2nya di dalam kelas. kwn saya itu memakai baju kurung dan bertudung tetapi kainnya agak jarang tetapi beliau memakai baju lain di dalam. Rakan saya B pula di sapa oleh pelajarnya " montoknya dada cikgu"... fobia rasanya nak masuk mengajar di kelas2 tersebut.. apa nak jadi dengan generasi muda sekarang.."

Kejadian ini berlaku di salah sebuah sekolah di utara tanahair.
so?.................................budak sekolah aje ke bgmana yg bukan budak sekolah ni.......................????

Orang kuat Sukan SMK Slim masuk wad

Salam warga kelab.
Pagi tadi saya dimaklumkan sahabat kita cikgu Halim telah dimasukkan ke hospital di Teluk Intan.Kepada yang ingin melawat boleh melawat beliau di wad 1A.

Monday, July 26, 2010

Apa komen anda?

Ini cerita masuk dalam mesej box saya dan saya paparkan untuk renungan bersama.Apa yang betul , apa yang pelik dan ada apa-apa? Kalau elok boleh diikut....................hehehe.ramai nak join?

Monday, July 12, 2010

Peranan NUTP dalam isu ini

Saudara/ Saudari

Masalah DGA29/41 merupakan perkara yang amat rumit dan kompleks kerana terdapat pelbagai kategori dalam kumpulan DGA29/41, antara masalahnya :

1. Guru berkenaan tidak menduduki PTK
2. Guru gagal PTK
3. Guru tidak berpeluang menduduki PTK kerana telah berada di DG41 sebelum PTK dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan
4. Memberi keuntungan yang banyak atau sedikit oleh kumpulan DGA29/DGA32/DG41
5. Masalah tidak cukup tempoh 10 tahun di DGA29

Isu ini masih dalam perbincangan dan Pihak NUTP akan cuba menyelesaikan dan membuat rayuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengubah tarikh penempatan DG41 atau bayaran secara one-off.

Harap Maklum

*sumber dari rakan blog.

ISU PPSMI LAGI

PPSMI: Page mahu terus desak kerajaan

July 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) hari ini mengumumkan gerakan mereka untuk mendapatkan sokongan peringkat kebangsaan bagi mendesakn kerajaan mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Page juga mahu mendapatkan sokongan Majlis Perundingan Melayu (MPM), badan induk pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang dilancarkan Mac lalu, untuk mendesak kerajaan mengkaji semula keputusannya dan kembali kepada sistem asal mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia mulai 2012.

Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) berkata matlamat utama pihaknya adalah membawa suara ibu bapa berhubung dasar-dasar pendidikan nasional memandangkan badan ini sudah mendapat status rasmi.

“Kami mahu Page, bukan sahaja menjadi suara masa depan dalam isu PPSMI, tetapi juga dalam isu-isu pendidikan yang lain. Sekarang kami sudah didaftarkan, kami memutuskan untuk menangani perkara-perkara nasional,” kata beliau sambil menambah, badan ini akan menjadi platform bagi ibu bapa untuk menyuarakan pendirian mereka.

“Sebagai contoh, kini topik panasa ialah pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Jadi kami mahu ibu bapa memberitahu kami pandangan mereka... justeru, kami boleh mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kementerian Pelajaran,” kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan status baru Page hari ini.

Page ditubuhkan selepas kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PPSMI Julai tahun lalu.

Badan ini meminta kerajaan mengekalkan opsyen bagi PPSMI dengan menyediakan pilihan mempelajari kedua-dua subjek berkenaan dalam Bahasa Malaysia, Tamil atau Mandarin.

Pada Julai lalu, dasar kontroversi PPSMI diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.

Muhyiddin memberitahu di sekolah kebangsaan, Bahasa Malaysia akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua mata pelajaran itu.

Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Mengulas sokongan Perkasa dan MPM, Noor Azimah berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kedua-dua badan tersebut.

“Mereka dengan kami (sekarang). Kami sudah mengadakan perbincangan dengan mereka, dan mereka telah bersetuju untuk mengaturkan satu pertemuan dengan Gapena dan (tokoh komuniti Prof Diraja) Ungku Aziz.

“Ia adalah sesi pertemuan tertutup dengan mereka. Kami ingin menjelaskan kepada mereka mengapa PPSMI harus diteruskan di sekolah yang mahu berbuat demikian,” katanya.

Beliau juga mengesahkan Page akan mengemukakan memorandum kedua kepada Muhyiddin Khamis ini.

“Kami tidak mendapat respons berhubung memorandum pertama. Memorandum yang memasukkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Mei lalu bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan akta bahasa kebangsaan,” katanya.

Timbalan Pengerusi Page Sulaiman Mahran juga melahirkan rasa kecewa dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau akan memberikan pertimbangan tetapi yang berkuasa ialah Menteri Pelajaran dan beliau tidak mahu mendengar kami dan enggan mendengar pandangan kami dari awal-awal lagi.

“Kami berharap kami akan mendapat sokongan lebih banyak ibu bapa dan berharap bilangan ini akan meningkat,” katanya.

Noor Azimah menambah, kerajaan berhadapan dengan kemungkinan mengetepikan pengundi kawasan bandar jika terus enggan menerima pandangan orang ramai.

“Kami memberitahu mereka bahawa kami hendak mereka tetapi jangan menjadikan keadaan sukar bagi kami. Mereka terdesak untuk mendapatkan pengundi kawasan bandar dan ini kemungkinan mengalihkan (sokongan) mereka,” kata beliau.


sumber : http://gurutertindas.blogspot.com/2010/07/ppsmi-page-mahu-terus-desak-kerajaan.html


Sunday, July 4, 2010

1S 1S

7 Objektif Utama Sukan Sekolah

1. Melahirkan dan mengetengahkan atlit berpotensi besar lagi berkualiti di peringkat sekolah.

2. Melahirkan masyarakat sekolah yang minat bersukan dan sihat.

3. Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat di kalangan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh.

4. Mengeratkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.

5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti bersukan.

6. Menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya atau profesion.

7. Memajukan sukan untuk sekolah dan negara.

1 Sekolah, 1 Sukan

beban tugas guru

Cadangan Untuk Menangani Masalah Beban Tugas Guru

Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru, dan salah satunya ialah KPPK atau lebih dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan. KPPK telah momohon supaya keutamaan diberikan kepada beberapa perkara berikut :

1. Utamakan kebajikan guru dan tingkatkan kualiti pendidikan.

2. Kurangkan peperiksaan dan ujian di peringkat sekolah.

3. Skop kerja guru yang lebih spesifik.

4. Mewujudkan jawatan Pembantu Murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian.

5. Lengkapkan semua sekolah dengan kemudahan asas.

6. Mewujudkan laluan kerjaya yang lebih mantap untuk guru.

7. Penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat.

8. Asingkan Guru Akademik dan Guru Sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.

9. Guru bertugas lima hari seminggu kecuali sekolah-sekolah yang mempunyai masalah ruang.

10. Ringkaskan program pemprosesan data supaya semua guru tahu menggunakannya.

Pada pendapat saya sekolah juga memerlukan pekerja bahagian teknikal untuk menguruskan masalah seperti komputer untuk PSS dan lain-lain untuk mengurangkan beban guru IT.

sumber:cikgublog

Saturday, July 3, 2010

setuju!

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini menyokong cadangan kerajaan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Sokongan NUTP berlegar di kalangan Exco bukan berdasarkan kajian.?

Namun begitu dengan syarat satu mekanisme baru perlu diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi menilai prestasi para pelajar, menurut kata presidennya, Hashim Adnan seperti dilaporkan

Presiden NUTP menjelaskan mekanisme itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima oleh para pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah, dan sekaligus mengelakkan para pelajar dan guru hilang tumpuan dan arah tuju.

Apa yang dikesalkan NUTP yang kononnya mewakili ratusan ahli guru tidak berbincang dengan ahli .Jika peperiksaan berdasarkan sekolah ini dilaksanakan,menurut teman-teman guru satu lagi beban perkeranian akan diurus oleh para guru.

Seterusnya teman-teman guru berhujah bahawa sekolah Cina mempunyai Lembaga Peperiksaan sendiri untuk mengendalikan ujian untuk anak-anak mereka.Lembaga Periksaan Sekolah Persendirian Cina ini pula diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran dan negara seperti Taiwan,Singapura dan China.

Akhirnya budak-budak aliran sekolah kerajaan terus ketinggalan kerana mereka tidak diuji dengan peperiksaan akademik.

Teman-teman guru menegaskan penghapusan UPSR atau PMR sebenarnya lebih kepada tidak mempunyai wang untuk membuat kertas soalan,pembayaran kepada pemeriksa kertas serta elaun pengawasan peperiksaan awam itu.

Contohnya mereka berhujah sampai sekarang duit pengawasan peperiksaan SPM belum didapati.Begitu juga bayaran elaun pemeriksa kertas belum diterima .,alaupun sudah menjangkau bulan Julai.


Biasiswa

Beberapa rangkaian blog telah menulis tentang isu ini,dan kita sendiri kurang jelas dan tidak pasti kebenaran isu ini.Namun sebagai renungan kita sebagai guru dan ibubapa yang mungkin terlibat sama.Hampir separuh peruntukan biasiswa kecil persekutuan telah dipotong.

Mereka siap memberi data.Seorang Guru Biasiswa memberitahu kira ,sekolah beliau daripada 70 pemohon hanya 34 orang yang layak.

"Tahun sudah jika kita menghantar 70 borang permohonan ,65 pemohon didapati layak menerima biasiswa"kata teman guru itu.

Beliau meminta kita bayangkan jumlah sekolah luar bandar yang terdapat dalam Larut Matang dan Selama.Berapa banyak yang gagal menerima biasiswa walaupun layak.Semuanya akan menjejas prestasi pelajar luar bandar miskin untuk mendapat peluang pendidikan.

Teman guru itu meminta kita namakan sekolah di anggap luar bandar di Parlimen Bukit Gantang.Lalu kita kemukakan SMK Dato Wan RashdI,SMK Tatbeng,SMK Tengku Menteri,SMK Matang.Bagi SBAK Maahad Tarbiyah Bt 8, Maahad Diniah Jelutung,Maahad BT 9.

Teman guru tadi meminta kita mendarab 30 dengan 7. Kita pun menjawab 210 orang.Jelas di kawasan Parlimen Bukit Gantang sebanyak 210 keluarga telah dinafikan hak untuk mendapat biasiswa kecil persekutuan.

Kita berharap Kerajaan memberi balik peruntukan RM 1,000 bilion yang telah ditarik dari peruntukan Kementerian Pelajaran.Dengan biasiswa dipotong,rakyat miskin luar bandar akan terjejas teruk.Mereka tidak lagi dapat menikmati pendemokrasian pendidikan.Akhirnya orang Melayu yang miskin terus tertinggal.

Isu ini boleh dikaitkan dengan murid di mana kadangkala murid diminta untuk membayar atau mengeluarkan wang bagi tujuan beberapa program di sekolah.Keadaan ini menyebabkan murid seperti tidak puashati kerana sering diminta membayar untuk sesuatu perkara atau program yang ingin dijalankan pihak sekolah.Situasi ini perlu dijelaskan,kerana guru kelas yang meminta bayaran dari murid sering mendapat rungutan dari murid yang tidak berpuashati dan menyebabkan program tergendala.