Sunday, May 30, 2010

Notebook percuma












Salam warga kelab............
Ini saya ada satu cerita nak kongsi untuk tatapan anda semua. Saya dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai dan dikuatkan oleh "mata" saya sendiri.

Diberitakan kerajaan Terengganu memberikan notebook kepada guru-guru sekolah di Terengganu.Sebagai permulaan 800 guru BM telah menerimanya beberapa hari lau dan akan menyusul bagi guru yang lain. Ini inisiatif negeri Terengganu sendiri. Malah telah diwujudkan pembantu makmal komputer sekolah dengan dibayar gaji oleh kerajaan negeri.Fuhhh......!!!! ringan beban guru dengan hal-hal kerja "pejabat" ni......

Alangkah beruntung nya guru di Terengganu dan beruntungnya Terengganu dapat wang ihsan yang dapat digunakan untuk bermacam perkara.Cuti sekolah yang lepas abang ipar saya yang tinggal di Terengganu ada pulang ke kampung dan anak-anaknya membawa pulang notebook yang diberi percuma oleh kerajaan Terengganu.Ia adalah dari 25 ribu buah notebook yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Terengganu.Fuuuyyyooooo............

Amacam............ada rasa mau notebook free ka..............??????



Wednesday, May 26, 2010

Cikgu ni memang profesional..........

Anda kenal Subkhiddin Mohd. Salleh.

Dia ni pon cikgu..........cikgu apa?
Cikgu di Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang.

Kenapa nama nya kini disebut?

Subkhiddin Mohd. Salleh, rakyat Malaysia pertama menjadi pengadil Piala Dunia yang bermula di Afrika Selatan bulan depan, beliau mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin . (nak minta cuti kot.....hehehe......pengetua sekolah tak lulus cuti dia......menganggu P&P......hehehe.....)

Subkhiddin, 44, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang, menemui Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, di pejabat beliau di Kementerian Pelajaran bagi melahirkan penghargaan terhadap sokongan kerajaan kepada beliau....

Syabas cikgu..............

Cikgu profesional...........cikgu serba boleh................cikgu serba "menjadi".................hehehe....

p/s: Sapa nak tenang fikiran bolehlah jumpa beliau untuk dapat tiket Piala Dunia free....hehehehe.........



Monday, May 24, 2010

Bacalah.................

Konsep ‘masyarakatkan pendidikan’ tak perlu kos tambahan

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan.

Empat langkah berkenaan......baca lagi di sini

Alamakkk..........ini macam spesis pon ada ka lagi....

Lagi kes "rumah siap pahat berbunyi".Ini memang sikap semulajadi manusia laa....tak heran.Beberapa program yang telah dilaksanakan nampaknya ada yang masih tak puas hati........tak apa.Nak komen kami AJK rela di komen...tapi secara orang "dewasa" cikgu yer........kalau begitu kami tak kisah.

Ini sikap orang "bumi".Bila masa minta pendapat dan pandangan semua senyap.sunyi sepi .Bila dibuat dan semua dah selesai baru keluar suara.Tak heran......... Tak kisah.........bagitahu aje.......tapi biar jangan sampai "ambil tukul terus ketuk" yer......nanti paku entah ke mana...papan entah kemana....akhirnya satu apa pun tak jadi.

Badminton Piala Thomas pon ada "post Mortem". Ini cara betulllll.......rasa ada tak kena duduk bincang.Bukan hentam belakang....Baling Batu Sembunyi Tangan.........bro..!!nak tunjuk yang kita ni lagi bagus beb............

Ok lah.....ahli-ahli sekalian.........kita fikir-fikirkan.Kami juga manusia biasa...jadi selesaikanlah cara "manusia dengan manusia"...ada paham ka kalu????

Monday, May 17, 2010

Guru merajuk

Saya bukan nak melaporkan tentang keseluruhan program semalam,biarkan acara-acara sambutan semalam dalam memori dan di ulas dalam web sekolah sahaja.Apa yang ingin diulas agak berkaitan dengan Kelab Guru dan kakitangan ini.

Semalam diberitakan ada guru merajuk.Bukan seorang tapi beberapa orang.Saya hanya mengetahui hal ini apabila acara di dewan bermula."ada cikgu merajuk...." bisik seorang guru kepada saya.Pada mulanya saya tergelak kecil...tidak berapa "tangkap" apa yang dimaksudkan oleh rakan guru tadi....tapi setelah diceritakan saya agak terkejut,sedikit kecewa dan marah,tapi ayat-ayat rakan tadi membuat saya sedikit tersenyum.....

Mungkin perkataan "merajuk" itu agak tidak sesuai untuk mengambarkan guru yang telah berusia ini.Tapi sebagai manusia kita juga ada perasaan! Walau siapapun yang "menyentuh" perasaan kita itu,sama ada manusia biasa tanpa pangkat atau mereka yang berpangkat.Sebagai manusia kita juga ada tahap kesabaran.Siapa yang tidak marah kalau sebagai guru kita dimalukan seperti "kucing kurap" (mengambil kata-kata seorang guru) di hadapan pelajar.

Ingin saya maklumkan kepada semua guru sebarang tindakan dari pihak pentadbiran ada batasan.Kita ada hak jika tindakan-tindakan ini melampau dan tidak profesioanal.Ini termasuklah banyak kes-kes guru-guru yang telah lama berkhidmat tetapi kerana tindakan tidak profesional mereka diberi markah rendah dalam penilaian kerja.

Kalau rasa anda dimalukan anda perlu bersuara supaya perkara ini tidak berterusan.Tindakan-tindakan menekan guru dengan cara ini adalah tidak profesional dan "kekampungan". Malah tindakan seperti ini yang bertujuan untuk meningkatkan mutu kerja guru sebenar meleset kerana tindakan seperti inilah yang akan lebih membangkitkan kemarahan dan menjatuhkan motivasi guru.Ini termasuklah mengambil berat ke atas perkara-perkara remeh sedangkan perkara yang besar dibiarkan.

Masalah murid yang tidak berdisplin dan melanggar peraturan sekolah dalam kelas sewaktu P&P ini yang perlu diambil perhatian sebenarnya.Apa tindakan yang proaktik yang telah kita ambil? adakah kita ingin membirakan perkara ini terus saja berlaku hingga murid itu menduduki peperiksaan awam dan akhirnya keputusan teruk diperolehi.Cara menekan guru untuk mencapai sasaran akan gagal jika kita hanya tahu bercakap tapi tidak buat.Hanya guru yang terpaksa menangani masalah murid di dalam kelas apabila masalah diutarakan tiada tindakan diambil sebaliknya guru dipersalahkan lagi.

Peristiwa "guru merajuk" semalam bukanlah yang pertama tetapi telah beberapa kali berlaku cuma mangsanya hanya berdiam diri.Mujur semalam tiada siapa yang terkena "buku lima".Perhubungan antara guru,staf dan pentadbir perlu "mesra" dan berpandu.Ambillah contoh-contoh sekolah yang lain dan sesuaikan dengan warga guru yang ada dalam komuniti sekolah ini.

Saya utarakan hal ini moga kita semua akan lebih selesa bertugas.Dan sebagai peringatan agar tidak berlaku kes besar di sekolah ini sehingga saman menyaman berlaku.Siapa akan bakal pening kepala??? kita juga!

Salam perjuangan!

Wednesday, May 12, 2010


KALAU SIAPA2 ADA TERNAMPAK, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN BALAI POLIS TERDEKAT….



TOLONG SEBARKAN..

Pulangkan Adam Haikal






Biodata:

Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun

Kes:

Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.

ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)

berkulit cerah, berambut pendek

parut di dahi dan lenggan kanannya.

baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar

Lokasi terakhir:

Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,

56000 Bandar Tun Razak

Kuala Lumpur

Hubungi:

012-2791044 (bapa)

012-2608660 (ibu)

012-21559241/ 012-9316653

019-2227878 (Halijah Hussin)

atau balai polis berhampiran.





Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
15 Mac 2010


Lagi kes kanak-kanak hilang.

Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera.
Muhamad Adam Haikal, 6 tahun, dilaporkan hilang setelah dia didapati tidak pulang ke rumah setelah bermain bersama rakannya di kawasan padang permainan berhampiran rumahnya.
Menurut ibunya, Normayanti Abd Manan,30 tahun, kali terakhir suaminya , Jalil Abd Latif 33 tahun, melihat anaknya itu pada jam 4.30 petang Sabtu lalu apabila anaknya naik ke rumah untuk mengambil gasing.
Ketika itu, Normayanti keluar bekerja, dan anaknya itu tinggal bersama neneknya apabila dia keluar bekerja, dan seperti kebiasaan anaknya akan bermain bersama rakan-rakannya di kawasan sekitar Flat Sri Kota itu namun pada jam7malam anaknya pasti pulang.
“ Tetapi apabila menyedari pada jam 7 malam Adam tidak pulang suami mulai bimbang dan cuba mencari sekitar kawasan rumah tetapi tidak jumpa,” katanya.
“ Pada hari itu, rumah kami sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar saya, ahli keluarga banyak bergotong-royong dibawah untuk persediaan kenduri kahwin tersebut.
Setel tidak muncul-muncul, mereka sekeluarga dan penduduk setempat mencari sekitar Bandar Tun Razak, Sungai Besi sehingga Taman Midah tetapi masih tidak ketemu.
Sementara itu, ada sumber mengatakan dipercayai Adam telah mengikut seorang lelaki melayu.
Kata Normayanti, seorang rakan anaknya itu berkata, ada melihat anaknya bermain dibawah blok rumahnya itu.
Kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Islam As Syakirin ini dipercayai hilang jam 6 petang dan kali terakhir,memakai .
“ Kami bukan orang senang, tapi jika ada pihak yang mengambil itu mahu membuat anak saya sebagai anak angkatnya saya rela, tetapi bawanya pulang dahulu, tolonglah,” katanya.


Keluarga mangsa dan pihak polis telah melihat rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan perumahan terbabit tetapi tidak dapat mengesan ke mana kanak-kanak itu pergi.

Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga Sri Kota turut membantu mengesan kanak-kanak ini dan menampalkan foto beliau dikawasan berhampiran.

Turut merasai kehilangan Muhamad Adam Haikal, adik bongsunya, Nurul Atilia Sufiya,2, mencium gambar abangnya itu.

Wednesday, May 5, 2010

apakan daya.......


Mungkinkah ini hadiahnya...........???????????? kereta berjenama dengan logo sekolah...........?????
Hajat kami ingin memberi yang terbaik untuk ahli semua......tapi apakan daya kami manusia biasa .............
terimalah kami seadanya........


p/s : yang belum bayar yuran mohonlah menghulur dengan segera.............kita ada projek besar Jan 2011!

meja kreatif..............


Bagi mencari para pemenang meja blik guru paling kreatif senarai telah di pendekkan untuk memasuki fasa penilaian terakhir oleh Pengetua.

Guru yang berjaya
1.PN. KAMISAH BT LAN
2. PN ROZITA BT ADNAN
3. PN. ROKIAH BT NAYAN
4. PN. MAZITA BT YAHYA
5. PN. HJH. AISHAH BT AHMAD
6. PN. AZMIYAH BT ABU SHUJAK
7. PN. SITI NUR HIDAYAH BT AMIN
8. PN. SITI MARIAM BT ABD RASHID
9. CIK NUR SHALIZA
10 .PN NOOR FARIZA BT ABDUL RAHMAN

DIMINTA GURU DI ATAS MENAMBAH BAIK LAGI KREATIVITI DI MEJA UNTUK PENILAIAN TERAKHIR.

P/S; mana cikgu lelaki ni tak ada nama tersenarai...he...he....

Monday, May 3, 2010

45% kemalangan melibatkan pekerja


Saya terbaca satu pos dari sumber berita tempatan bahawa 45 peratus korban kemalangan jalanraya merupakan di kalangan mereka yang mencari nafkah atau dengan kata lain dalam tugas.

Dalam situasi pendidikan umpamanya ramai guru yang berulang-alik ke sekolah dan ada di antara mereka yang berulang jauh kerana jarak rumah ke sekolah yang jauh.Guru juga terdedah dengan situasi kemalangan ketika membawa pelajar untuk sebarang aktiviti rasmi."Rasmi" namun guru masih terdedah dengan bahaya di mana guru mungkin didakwan akibat kecuaian.Masalah ini telah lama menjadi pertikaian dikalangan pendidik namun kerana tugas mereka terpaksa melaksanakan dengan hati yang berat dan berhati-hati.Tetapi agak malang pihak pentadbir yang dahulu pernah bergelar "Guru Penolong" (guru biasa) seakan lupa masalah-masalah ini dan sering memberikan tekanan pada guru.

Sunday, May 2, 2010

kenapa tarikh ini?


Kita akan menyambut hari guru tidak lama lagi pada bulan ini?Kenapa 16 Mei dipilih?
16 Mei dipilih kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.. dasar itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak dari itu dan dinamakan Laporan Razak.Bagi negara lain juga menyembutnya dengan tarikh yang berbeza .

# Albania disambut pada 7 Mac.. satu hari sebelum hari ibu yang bersamaan 8 Mac..
# India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal
# China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan)

HARI GURU

Tema Hari Guru

2009
Pembina Negara Bangsa
2008
Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007
Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006
Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004
Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003
Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002
Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001
Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000
Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999
Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998
Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997
Guru Bestari Sekolah Bestari
1996
Guru Malaysia Dan Pendidikan Bertaraf Dunia
1995
Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994
Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993
Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992
Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991
Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990
Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989
Guru Pembina Budaya Ilmu
1988
Guru Pengasas Budaya Membaca
1987
Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986
Pendidikan Teras Nasionalisme
1985
Guru Dan Masyarakat Asas Kesejahteraan Pendidikan
1984
Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983
Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982
Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981
Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980
Pendidikan Teras Perpaduan Rakyat
1979
Murid Sejahtera Negara Jaya
1978
Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977
Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976
Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1975
Guru Dan Pembangunan Negara
1974
Peranan Guru Dalam Zaman Sains Dan Teknologi
1973
Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972
Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Apa saja bantuan.........malah sekadar doa....

Assalamualaikum ...kawan2 tersayang..saya dapat Email yang spam dari kawan saya..Rintihan seorang ibu yang mohon didoakan anak nya yang sakit..Marilah kita sama2 berdoa ..moga segala yang baik bagi anak ni ..Moga keluarganya sabar atas musibah ini..dan moga ALLAH merahmati mereka .. Amin MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...


kepada para guru,
Sama2lah kita mendoakan keselamatan anak, saudara seIslam kita ini....

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkanINSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saturday, May 1, 2010

Hari Pekerja 1 Mei

Selamat Hari Pekerja dan bercuti kepada semua staf SMK Slim............dari AJK Kelab Guru SMK Slim