Monday, May 17, 2010

Guru merajuk

Saya bukan nak melaporkan tentang keseluruhan program semalam,biarkan acara-acara sambutan semalam dalam memori dan di ulas dalam web sekolah sahaja.Apa yang ingin diulas agak berkaitan dengan Kelab Guru dan kakitangan ini.

Semalam diberitakan ada guru merajuk.Bukan seorang tapi beberapa orang.Saya hanya mengetahui hal ini apabila acara di dewan bermula."ada cikgu merajuk...." bisik seorang guru kepada saya.Pada mulanya saya tergelak kecil...tidak berapa "tangkap" apa yang dimaksudkan oleh rakan guru tadi....tapi setelah diceritakan saya agak terkejut,sedikit kecewa dan marah,tapi ayat-ayat rakan tadi membuat saya sedikit tersenyum.....

Mungkin perkataan "merajuk" itu agak tidak sesuai untuk mengambarkan guru yang telah berusia ini.Tapi sebagai manusia kita juga ada perasaan! Walau siapapun yang "menyentuh" perasaan kita itu,sama ada manusia biasa tanpa pangkat atau mereka yang berpangkat.Sebagai manusia kita juga ada tahap kesabaran.Siapa yang tidak marah kalau sebagai guru kita dimalukan seperti "kucing kurap" (mengambil kata-kata seorang guru) di hadapan pelajar.

Ingin saya maklumkan kepada semua guru sebarang tindakan dari pihak pentadbiran ada batasan.Kita ada hak jika tindakan-tindakan ini melampau dan tidak profesioanal.Ini termasuklah banyak kes-kes guru-guru yang telah lama berkhidmat tetapi kerana tindakan tidak profesional mereka diberi markah rendah dalam penilaian kerja.

Kalau rasa anda dimalukan anda perlu bersuara supaya perkara ini tidak berterusan.Tindakan-tindakan menekan guru dengan cara ini adalah tidak profesional dan "kekampungan". Malah tindakan seperti ini yang bertujuan untuk meningkatkan mutu kerja guru sebenar meleset kerana tindakan seperti inilah yang akan lebih membangkitkan kemarahan dan menjatuhkan motivasi guru.Ini termasuklah mengambil berat ke atas perkara-perkara remeh sedangkan perkara yang besar dibiarkan.

Masalah murid yang tidak berdisplin dan melanggar peraturan sekolah dalam kelas sewaktu P&P ini yang perlu diambil perhatian sebenarnya.Apa tindakan yang proaktik yang telah kita ambil? adakah kita ingin membirakan perkara ini terus saja berlaku hingga murid itu menduduki peperiksaan awam dan akhirnya keputusan teruk diperolehi.Cara menekan guru untuk mencapai sasaran akan gagal jika kita hanya tahu bercakap tapi tidak buat.Hanya guru yang terpaksa menangani masalah murid di dalam kelas apabila masalah diutarakan tiada tindakan diambil sebaliknya guru dipersalahkan lagi.

Peristiwa "guru merajuk" semalam bukanlah yang pertama tetapi telah beberapa kali berlaku cuma mangsanya hanya berdiam diri.Mujur semalam tiada siapa yang terkena "buku lima".Perhubungan antara guru,staf dan pentadbir perlu "mesra" dan berpandu.Ambillah contoh-contoh sekolah yang lain dan sesuaikan dengan warga guru yang ada dalam komuniti sekolah ini.

Saya utarakan hal ini moga kita semua akan lebih selesa bertugas.Dan sebagai peringatan agar tidak berlaku kes besar di sekolah ini sehingga saman menyaman berlaku.Siapa akan bakal pening kepala??? kita juga!

Salam perjuangan!