Friday, October 21, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2011




Alhamdulillah,setelah merancang beberapa lama akhirnya terlaksana sudah jamuan akhir tahun kelab pada 21 Oktober 2011 yang lalu.Pada jam 8 malam bertempat di Dewan Makan Asrama sekolah,kehadiran pada kali ini adalah yang teramai dari pada yang lepas.

Kami amat berterima kasih pada Pengetua SMK Slim yang amat prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh AJK kelab dan memberikan sokongan yang amat bererti buat kami meneruskan agenda kelab.

Dengan kekangan-kekangan yang hanya ajk hadapi namun dengan kerjasama yang amat baik dari ajk dan guru serta staf akhirnya jamuan akhir tahun ini dapat dilaksana dalam keadaan yang boleh dikatakan baik.Kami amat berterima kasih buat guru-guru terutama yang bukan di kalangan ajk yang sanggup memberikan tenaga untuk membantu kami menyediakan segala keperluan jamuan ini.Terima kasih buat Cikgu Razak Ahmad yang sudi menyediakan set karoke dan juga meminjamkan alatan dari masjid kampung beliau bagi acara jamuan.

Sekali lagi,saya selaku Pengerusi kelab amat-amat terharu dengan sokongan yang diberikan dan memohon maaf atas kekurangan dan juga terpaksa bergegas pulang kerana mendapat panggilan kecemasan berkaitan kesihatan anak pada malam tersebut.

Terima kasih,daun keladi.