Saturday, February 20, 2010

Berita gempar

21 February 2010

Guru dan Polis Jadi Mat Lalok...

Seorang anggota polis dan guru adalah antara 44 orang yang ditahan kerana memiliki dan didapati positif dadah ketika sebuah pusat hiburan yang terletak di kawasan perumahan di Tanjung Malim, Perak diserbu awal hari ini.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim itu ditahan kerana positif dadah manakala tiga lagi rakannya yang juga anggota polis turut ditahan kerana berada di pusat itu.

Tiga anggota polis itu bakal berhadapan dengan surat tunjuk sebab berhubung tujuan mereka berada di pusat tersebut.

Dalam operasi kira-kira pukul 4.45 pagi itu, sepasukan anggota polis Bukit Aman yang diketuai DSP Aida Abdul Hamid menyerbu pusat hiburan yang terletak di kawasan rumah kedai dua tingkat, Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim.

Mereka menahan 44 orang termasuk 14 wanita kerana positif dadah jenis syabu, ecstacy dan ketamin.

Menurut sumber polis, guru berusia 27 tahun dari Sekolah Kebangsaan Trolak itu ditahan kerana memiliki dadah ecstacy.

Turut ditahan dalam serbuan itu ialah dua lagi lelaki termasuk pengurus pusat hiburan tersebut kerana memiliki dan menjual dadah kepada pengunjung pusat terbabit.

Polis juga mengesan taktik pengunjung pusat itu yang membawa sampel air kencing dari luar yang dipercayai bebas dadah bertujuan untuk digunakan semasa serbuan dibuat.

Semua yang ditahan dibawa ke IPD Slim River untuk tindakan lanjut dan bagi pengunjung yang disahkan positif dadah akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala pengunjung yang ditahan kerana memiliki dadah akan disiasat mengikut Seksyen 39B akta yang sama.

Ulasan :

Post ini saya jumpa di dalam satu blog.Saya agak terkejut jumpa membaca entri ini di blog tersebut.Sebelum ini juga saya pernah terbaca kisah serbuan yang dilakukan di kawasan ini pada tahun lepas tetapi ianya tangkapan GRO di satu kelab malam tanpa permit/lesen.

‘Pilihan raya umum’ SMK Rantau Panjang pilih MPP

Saya tertarik dengan berita yang diambil dari Utusan Online ini. Kita tahu bahawa Pilihan raya umum memberi peluang kepada rakyat menentukan kepimpinan negara yang merupakan sebahagian daripada proses demokrasi di negara ini.

Namun masih ramai yang layak untuk mengundi, tidak menunaikan kewajipan itu sedangkan ia begitu penting bagi mencorak masa depan negara.

Sehubungan itu, tindakan Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Rantau Panjang, baru-baru ini yang cuba mendekatkan para pelajar dengan memberikan kesedaran, pendedahan dan pengalaman sebenar ‘perjalanan pilihan raya umum’ tersebut merupakan sesuatu yang saya rasa amat baik.Mungkin Kelab Guru boleh mengambil idea daripada berita ini untuk memantap lagi Kelab Guru ini.Mungkin satu hari nanti kita nak tengok guru-guru berkempen untuk menjadi ahli kelab.


Macamana?

Thursday, February 18, 2010

Kita perlu waspada

45 minit cari anak hilang

petikan dr Harian Metro Jumaat 19 Feb 2010

JASIN: “Saya tak tahu kenapa sejak tiga malam lalu asyik mengusap kepala serta membelai tangan anak lelaki tunggal saya itu ketika mahu menidurkannya.


TINGGAL KENANGAN...Borhan menunjukkan gambar terbaru Muhammad Haikal.
“Malah, malam semalam (kelmarin) saya turut minta isteri menidurkannya bersebelahan saya iaitu di ruang tengah antara kami berdua sedangkan kebiasaannya sebelum ini, dia tidur sebelah isteri.”

Demikian luahan peniaga kraftangan, Borhan Rabu, 42, yang kehilangan anak bongsunya, Muhammad Haikal Mustakim berusia 19 bulan buat selama-lamanya apabila mangsa lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di bilik air rumahnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.


Borhan berkata, sebelum dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya, dia berada di sebuah kedai di Jalan Kota Laksamana berhampiran pusat bandar raya Melaka, untuk membeli barangan bagi menjalankan perniagaan.


Menurutnya, ketika berurusan di kedai itu, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya, Misnah Hamzah, 41, kira-kira jam 12.45 tengah hari yang bertanya sama ada Haikal mengikutinya tetapi dia menafikan.


“Sebaik mendapati isteri dalam keadaan cemas mencari anak bongsu di rumah, saya yang tak sedap hati bergegas pulang untuk sama-sama mencari dengan bantuan ahli keluarga lain.

“Apabila pencarian kami selama 45 minit gagal, saya terus ke Balai Polis Kandang untuk membuat laporan tapi sejurus kemudian menerima panggilan telefon daripada anak saudara memaklumkan dia sudah ditemui.


“Saya dimaklumkan Haikal ditemui isteri dalam bilik air dalam keadaan tertonggeng dengan kaki ke atas dalam sebuah baldi mengandungi air sedalam 12.7 sentimeter, sekali gus menyebabkan jantung saya berdegup kencang akibat terkejut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.


Borhan berkata, sejurus menerima berita sedih itu, dia terus pulang dan bergegas ke klinik kesihatan berhampiran apabila dimaklumkan anak lelakinya sudah dibawa ke sana dengan sebuah van milik orang awam yang lalu berhampiran rumahnya.


Menurutnya, kematian anak lelakinya terlalu menyedihkan dan dia langsung tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa keluarganya.


“Arwah memang biasa bermain-main keluar dan masuk menerusi pintu depan rumah ketika isteri membuat kuih di bahagian belakang rumah, tetapi hari ini (semalam) kami tak sangka perkara berkenaan berlaku.


“Luluh hati saya apabila menerima berita sedih ini kerana arwah satu-satunya anak lelaki kami tapi tetap reda kerana Allah lebih menyayanginya kerana selama ini arwah dipinjamkan sementara saja kepada kami sekeluarga,” katanya sambil menahan hiba.
Sementara itu, Misnah berkata, sebelum kejadian, dia sedang membuat kuih di belakang rumah tetapi segera mencari anaknya selepas mendapati dia tidak kelihatan bagi tempoh agak lama sekali gus menyebabkan dia berasa tidak sedap hati.
Menurutnya, dia bersama ahli keluarga mencari dalam rumah termasuk menjenguk ke bilik tetapi tidak nampak apa-apa yang mencurigakan.
“Dalam tempoh 45 minit mencarinya, keadaan memang begitu mencemaskan sehingga timbul perasaan mungkin anak saya diculik sehinggalah saya memeriksa semula bilik air dan menemui dia dalam keadaan tertonggeng dalam baldi berisi air.
“Ketika ditemui, tubuh Haikal sudah kebiru-biruan dan dipercayai dia sudah lemas kira-kira setengah jam sebelum disedari hilang.
“Saya sukar melihat arwah yang tertonggeng dalam baldi mengandungi air berkenaan kerana kepalanya berada di bawah malah kedua-dua kakinya pun tidak dapat dilihat dari luar,” katanya.

Jenazah Muhammad Haikal Mustakim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau, dekat sini, selepas solat Maghrib semalam.


Ulasan:

Malang tidak berbau..bak kata orang tua-tua.Banyak perkara-perkara yang tidak terduga boleh terjadi pada kita.Cuma kita boleh mempelajari sesuatu daripada peristiwa ini.Banyak lagi kes-kes yang terduga seperti ini berlaku.Saya ingat lagi satu kes dimana bayi meninggal hanya kerana tidur bersama abangnya dikatil dan tanpa disedari kaki abangnya menutup muka bayi tersebut hingga lemas tanpa disedari.Banyak lagi perkara-perkara seperti ini berlaku dan kita perlu mengambil iktibar dan berwaspada.

Siapa?

Ibu pelajar tampar guru

KANGAR – Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu ‘naik angin’ dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.

Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.


Ulasan:

Sebenarnya ini bukan kes pertama berlaku kejadian ibu bapa pelajar melakukan kekasaran terhadap guru.Persoalannya apabila berlaku kejadian begini apakah asas yang perlu diambil bagi membendung ianya berulang.Siapakah yang perlu melindungi guru berkenaan? Siapa yang perlu bersama-sama dengan guru berkenaan menyokong segala tindakan beliau? rakan-rakan guru? pentadbir? atau mereka yang atas ,dan atas dan atas..............atau kita akan mencari jalan melepaskan diri untuk turut sama terpalit perkara yang sama? Sama-samalah kita renungkan.


Sunday, February 14, 2010

2009 yang penuh kegemparan!







saya......,kami........................,kita....................

Salam.

Bagaimana cuti ahli sehingga hari ini? Seronok? atau ada yang bosan?
Cuma harapan saya semua dapat menggunakan masa cuti yang ada sebaiknya.Ketika saya menulis ini saya berada di Penang menghadiri kenduri perkahwinan saudara sebelah isteri.Masa yang terluang ini saya ambil untuk menulis buat semua yang masuk ke blog ini.
Saya ingin berkongsi cerita ini cuma hari ini berkesempatan.Al kisah seorang sahabat saya yang tidak berpuashati dengan rakan sekerjanya.Ini soal kerja berpasukan wahai ahli semua.Kisahnya sahabat saya ditugaskan untuk satu projek di syarikatnya bersama rakan-rakan yang lain.Masalah timbul apabila seorang rakan dalam pasukannya bagai lupa diri.Rakannya mendapat pujian atas kejayaan projek yang dijalankan.Mungkin kerana rakanya itu menonjolkan diri lebih daripada membuat kerjanya.
'ada ke patut.',kata rakan saya itu.

'Kalau dia sorang buat kerja ni takpa la....ini kami yang lebih buat kerja dari dia',marah rakan saya itu.

'sekurang-kurangnya dia kata lah kami yang buat pada bos,ini dia kata "saya" yang buat.......terasalah aku....."

Apa yang dapat disimpulkan di sini,sesuatu kerja dalam berpasukan memerlukan satu kerjasama yang baik antara ahli.Tiada yang lebih ,tiada siapa yang kurang .Walaupun terdapat sedikit rasa tidak puashati,perbincangan adalah jalan terbaik.Namun dalam kes rakan saya ini,saya mendapat satu pengajaran yang penting iaitu betapa pentingnya komunikasi yang baik dan betul. Pada rakan saya itu perkataan "saya" tadi membawa maksud yang cukup bermakna padanya.Ia seolah melambangkan dia tidak memberikan apa-apa dalam tugasnya.Oleh itu seharusnya perkataan "kami" perlu digunakan kerana ini adalah tugas dalam kumpulan sekurang-kurangnya sejuk hati rakan lain.

Teringat saya ketika masih menuntut di maktab dan universiti dahulu betapa kerjasama ketika membuat assignment dalam kumpulan itu penting.Pasti ada yang terasa hati kalau ada individu dalam kumpulan yang menonjolkan diri pada pensyarah sedangkan dia tidak menyumbangkan apa-apa dalam kumpulan akhirnya dia yang dapat markah lebih dari ahli lain.

Oleh itu harapan saya kita dapat bersatu memberikan idea untuk kelab "kita" ini.InsyaAllah.

Friday, February 12, 2010

Berkongsi cerita

Taktik rompakan di negara ini.Buat peringatan kita terutama di musim cuti ini.

MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.

“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya lalu cuba merampas telefon bimbitnya.

Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengarahkannya supaya terjun dari kereta.
“Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.


Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar tetapi lebih kuat.

“Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan pemandu Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632 sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak perempuan saya.

“Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di tangan dan muka,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.

“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera. Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak perempuan saya dilarikan.

“Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian itu.

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!


Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper.
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan.Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.

Selamat Bercuti Tahun Baru Cina kepada semua ahli kelab.Berhati-hati memandu ketika balik kg

Wednesday, February 10, 2010

kiri!,kanan!,kiri!,kanan!

Beberapa hari ni kedengaran perkataan itu di padang sekolah.Ianya datang dari suara anak-anak kita yang sedang berlatih kawad kaki untuk sukan tahunan yang akan datang.Begitulah setiap tahun......mereka berpanas di padang berlatih untuk mendapatkan hasil terbaik!

Adat di sekolah.....anak murid berpanas....guru pun berpanas.............

Bercerita tentang cuaca panas ini harap janganlah kita terlalu "marah" dengan situasi ini hingga mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya....banyak bersabar cikgu.Tapi kita perlu mengambil langkah-langkah semoga kita dan anak didik kita tidak terjejas akibat cuaca ini.Nasihat saya ambillah air (minum) dengan secukupnya sebelum ke padang dan selepas aktiviti sekurang-kurangnya.....kalau boleh kita kerap mengambil atau meminum air kosong ketika aktiviti berjalan bagi menggelakkan hidrasi pada badan.Kerana kekurangan cecair dalambadan boleh memberi impak pada sistem badan kita.Jangan tunggu sehingga kita berasa terlalu dahaga untuk minum....ada dikalangan kita sanggup menahan dahaga semata-mata malas untuk mengambil sedikit masa untuk minum air.Harap tidak berlaku seperti itu.Nasihatkanlah pada anak didik kita perkara yang sama semoga semuanya dapat menggelakkan diri dari demam dan sebagainya.Jangan cuti tahun Baru Cina ini kita terlantar pula di rumah kerana demam.

Salam........

Sunday, February 7, 2010

Merungkai resah di hati..........

Pada 4 Februari yang lalu pihak AJK yang ada telah menemui Yang Berusaha Tuan Pengetua bagi menerangkan beberapa berkaitan dasar dan penetapan yang telah dibuat dalam mesyuarat AJK yang telah di buat sebelumnya.Perjumpaan dengan Pengetua ini atas permintaan Pengetua setelah beberapa luahan dari guru-guru yang kurang berpuashati dengan kadar yuran.
Bagi pihak AJK sendiri sebenarnya kami tidak menerima apa-apa maklumbalas secara rasmi dari guru dan ahli yang lain tentang yuran tetapi masalah ini nampaknya telah dikemukakan pada Pengetua sehingga memaksa Pengetua memanggil pihak AJK untuk berjumpa.Namun sebenarnya pihak AJK sendiri telah merangka untuk mengadakan pertemuan dengan Pengetua sendiri tetapi nampaknya Pengetua sendiri telah memanggil AJK.Terima kasih kami kepada Pengetua kerana mengambil perhatian tentang perkara tersebut.Namun kami mengharapkan apa yang disampaikan oleh para guru itu tidaklah sehingga lari dari perkara yang sebenarnya.
Setelah perbincangan dengan Pengetua kami AJK amat berpuashati dengan respon Pengetua terhadap penjelasan kami dan rasional perkara yang dibangkitkan oleh ahli itu.Nampaknya tidak semua yang tidak faham dan tidak dapat menerima itu adat dalam sesuatu organisasi.........masih ada yang dapat menerima apa yang kami lakukan.Setiap tindakan perlu ada penjelasan dan kami mempunyai alasan yang kami rasakan alasan itu dapat diterima Majoriti.

Apa-apa pun nantikan dari kami.

Salam.

Thursday, February 4, 2010

SK PROTON CITY

Makluman kepada guru-guru yang tinggal di Tanjong Malim dan anak-anak yang telah didaftar di SK Proton City boleh melayari blog sekolah berkenaan untuk melihat maklumat terkini.

http://skprotoncity.blogspot.com/

Tuesday, February 2, 2010


Kami mewakili warga SMKS ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kepada yang menyambutnya pada Februari 2010 ini:


EN. ABD RAZAK AHAMAD – 24.2.19XX
CIK ROHANA BT IBRAHIM – 15.2.19XX



KEPADA GURU YANG KAMI 'TERLEPAS PANDANG' JANGAN AMBIL HATI SILA MAKLUM PADA KAMI.

KEPADA RAKAN GURU SEMUA BOLEH MELAYARI BLOG KELAB GURU http://kelabguru-smkslim.blogspot.com DAN BERIKAN UCAP SELAMAT KEPADA RAKAN KITA YANG MENYAMBUT HARI LAHIR DI RUANGAN DISEDIAKAN.

Atas permintaan tahun kami tidak siarkan.Cuba teka.....!


TERIMAKASIH.