Sunday, February 14, 2010

saya......,kami........................,kita....................

Salam.

Bagaimana cuti ahli sehingga hari ini? Seronok? atau ada yang bosan?
Cuma harapan saya semua dapat menggunakan masa cuti yang ada sebaiknya.Ketika saya menulis ini saya berada di Penang menghadiri kenduri perkahwinan saudara sebelah isteri.Masa yang terluang ini saya ambil untuk menulis buat semua yang masuk ke blog ini.
Saya ingin berkongsi cerita ini cuma hari ini berkesempatan.Al kisah seorang sahabat saya yang tidak berpuashati dengan rakan sekerjanya.Ini soal kerja berpasukan wahai ahli semua.Kisahnya sahabat saya ditugaskan untuk satu projek di syarikatnya bersama rakan-rakan yang lain.Masalah timbul apabila seorang rakan dalam pasukannya bagai lupa diri.Rakannya mendapat pujian atas kejayaan projek yang dijalankan.Mungkin kerana rakanya itu menonjolkan diri lebih daripada membuat kerjanya.
'ada ke patut.',kata rakan saya itu.

'Kalau dia sorang buat kerja ni takpa la....ini kami yang lebih buat kerja dari dia',marah rakan saya itu.

'sekurang-kurangnya dia kata lah kami yang buat pada bos,ini dia kata "saya" yang buat.......terasalah aku....."

Apa yang dapat disimpulkan di sini,sesuatu kerja dalam berpasukan memerlukan satu kerjasama yang baik antara ahli.Tiada yang lebih ,tiada siapa yang kurang .Walaupun terdapat sedikit rasa tidak puashati,perbincangan adalah jalan terbaik.Namun dalam kes rakan saya ini,saya mendapat satu pengajaran yang penting iaitu betapa pentingnya komunikasi yang baik dan betul. Pada rakan saya itu perkataan "saya" tadi membawa maksud yang cukup bermakna padanya.Ia seolah melambangkan dia tidak memberikan apa-apa dalam tugasnya.Oleh itu seharusnya perkataan "kami" perlu digunakan kerana ini adalah tugas dalam kumpulan sekurang-kurangnya sejuk hati rakan lain.

Teringat saya ketika masih menuntut di maktab dan universiti dahulu betapa kerjasama ketika membuat assignment dalam kumpulan itu penting.Pasti ada yang terasa hati kalau ada individu dalam kumpulan yang menonjolkan diri pada pensyarah sedangkan dia tidak menyumbangkan apa-apa dalam kumpulan akhirnya dia yang dapat markah lebih dari ahli lain.

Oleh itu harapan saya kita dapat bersatu memberikan idea untuk kelab "kita" ini.InsyaAllah.