Thursday, February 18, 2010

Siapa?

Ibu pelajar tampar guru

KANGAR – Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu ‘naik angin’ dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.

Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.


Ulasan:

Sebenarnya ini bukan kes pertama berlaku kejadian ibu bapa pelajar melakukan kekasaran terhadap guru.Persoalannya apabila berlaku kejadian begini apakah asas yang perlu diambil bagi membendung ianya berulang.Siapakah yang perlu melindungi guru berkenaan? Siapa yang perlu bersama-sama dengan guru berkenaan menyokong segala tindakan beliau? rakan-rakan guru? pentadbir? atau mereka yang atas ,dan atas dan atas..............atau kita akan mencari jalan melepaskan diri untuk turut sama terpalit perkara yang sama? Sama-samalah kita renungkan.