Thursday, January 6, 2011

MAJLIS PERSARAAN PK

Seperti yang telah ditetapkan dalam mesyuarat kedua,tiada perubahan ketara berbanding mesyuarat pertama.ajlis akan diadakan pada 26hb Januari di sekolah manakala majlis jamuan makan sempena persaraan Tn Hj Mohd Roslan ialah pada 29hb Januari 2011 bertempat di Awana Genting Highland pada jam 3 petang.Bayaran bagi seorang ialah RM48 tidak termasuk kos tambang bas .

Sekian dimaklumkan.

Monday, January 3, 2011

Selamat Menempuh Tahun baru 2011

Selamat tahun baru 2011.Agak terlambat ucapan ini.Harap maaf.
Mengapa kita melihat atau mengukur pencapaian kita berdasar kan setiap tahun? dan tahun ini pasti ramai yang akan membuat azam baru pula seolah apa yang kita lakukan pada tahun sebelumnya menghadapi kegagalan.....harap tidak.Setiap tahun adalah kegagalan yang merupakan 'guru' dan pengalaman paling baik bagi kita,manakala kejayaan pula merupakan satu dorongan bagi kita mencari yang lebih baik....kesimpulannya setiap dari kita akan menghadapi kegagalan dan kejayaan dalam kehidupan.Namun yang penting bagaimana kita menangani situasi tersebut.

Apa yang selalu diperhatikan manusia suka melihat kegagalan dan kesalahan orang lain dan jarang untuk mengingati kejayaan dan segala kebaikan yang telah diberikan oleh orang tersebut.Seperti yang pernah saya nyatakan..... orang suka bercerita tentang kesilapan orang lain.....bukan untuk memberikan dorongan atau menasihati rakan,malah cuba memberikan tekanan dan memberikan gambaran buruk orang lain.Moga kita sama-sama cuba menjauhi sifat suka mengata di belakang........rasanya kita pun tahu itu merupakan perbuatan yang tidak baik.

Semoga tahun 2011 ini kita dapat berubah kepada kebaikan dan menjauhi perkara dan sifat yang buruk.........moga apa yang kita lakukan tidak menimbulkan kecil hati di kalangan rakan-rakan yang seterusnya memberi masalah dalam pentadbiran dan aktiviti yang dirancang.Bertolak ansur adalah lebih baik.Malangnya perkara itulah yang paling sukar untuk kita capai.......malah hanya orang yang sama terpaksa mengalah....mungkin itu memang sudah sifat mereka....dan kita harus mencontohi sifat tersebut.

Moga tahun ini kita lebih teguh dan bersatu!