Program

 Pihak PPD Batang Padang akan mengadakan pertandingan Bowling di Ipoh pada hari Rabu jam 3 ptg.sempena hari guru.Kepada berminat sila berhubung dengan pengerusi kelab.


Salam kepada warga SMS.

Buat makluman ahli kami AJK sedang berusaha menyusun program bagi tahun ini.Kelewatan adalah disebabkan AJK yang masih  tidak lengkap dan masih dalam proses pemilihan melalui kertas undian yang diedarkan.Dukacita masih ada ahli masih belum menghantar undian menyebabkan kelewatan.Bagaimanapun kami telah pun mempunyai rangka program yang akan dimurnikan selain program adhoc seperti tahun-tahun sebelumnya.Cuma masalah kewangan masih lagi menghantui kami.
Buat masa ini program yang perlukan kewangan seperti memberikan hadiah buat guru yang menyambut harilahir,mendapat anak baru,yang mengalami musibah seperti kecurian dan sebagainya terpaksa kami tangguh ke suatu masa kelak.



Program

AJK Kebajikan

i) AJK akan memutuskan kadar sumbangan bagi setiap perkara-perkara yang memerlukan Kelab memberikan sumbangan kepada ahli.
a) mendapat anak sulung
b)kematian (ahli keluarga)
c)musibah (banjir,kemalangan,kecurian)
d) Bernikah (kahwin daa....)
e) Guru yang mendapat cucu pertama (NEW!)
f) Majlis ahli yang pindah atau bersara

ii)AJK Sukan

a) Perlawanan antara kelab guru Batang Padang
b) Pertandingan bolasepak(futsal)
c) Pertandingan Badminton (guru pagi VS guru petang)
d) Menghantar wakil untuk permainan daerah dan negeri
e) Senamrobik (Hari Kekal Cergas)
f) PaintBall
g) Bola tampar dengan penduduk Taman dan kampung berdekatan

iii) Program jangka panjang
a) Meja guru paling kreatif
b) Hari Keluarga
c) Hari Guru
d) Menyambut perayaan tertentu
e) Guru-guru yang menyambut Hari Lahir
f) MALAM MESRA HATI BERSATU (guru-guru gotong royong masak sendiri - menu CHAR KUEW TEOW panas)
g) MERIAH MALAM MERDEKA (aktiviti menyambut kemerdekaan)
h) Kelas KENALI BLOG (program celik IT) (kelas tentang cara membuat blog bagi ahli yang berminat)
i) Sambutan Ramadhan dengan penduduk sekitar
j) PROGRAM AHLI SIHAT (pemeriksaan kesihatan dari wakil perubatan)
k) Pertandingan MENULIS BLOG
l) Mencari dana untuk kelab (buka gerai pada hari-hari atau majlis di sekolah,memohon sumbangan dengan beberapa kaedah)
Tarikh : 1 dan 2 Mei 2010

Pertandingan Badminton anjuran Kelab Badminton UPSI .Borang penyertaan sila dapatkan pada AJK Sukan En. Yusmizal taikh tutup 15 April 2010.Yuran RM50



Tarikh : 22 Mei 2010

Kelab Guru SMK Tapah akan menganjurkan satu pertandingan Bolatamppar dan bolajaring bagi Kelab Guru yang berminat.Oelh itu pihak kelab bercadang untuk menubuhkan pasukan dan menghantar penyertaan.Kepada yang berminat sila kemukakan nama kepada Cikgu Yusmizal secepat mungkin.

Terima kasih