Monday, March 1, 2010

adakah anda di blacklist bank negara?

Sebenarnya dalam erti kata lain anda tidak di blacklist lagi TAPI nama anda akan tersenarai dalam Biro Kredit di Bank Negara yang menggunapakai CCRIS.




Semakan Kredit CCRIS di Biro Kredit
Sumber : Bank Negara Malaysia


Untuk pengetahuan semua, apabila anda memohon pinjaman dari sesebuah institusi kewangan terutamanya bank dan syarikat finance, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ianya adalah satu penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal peminjam sebelum keputusan pemberian
pinjaman dibuat.

Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil CCRIS.
Antara maklumat yang dikumpulkan adalah butir maklumat peribadi anda spt nama, nombor i/c dan alamat, serta butir terperinci akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit/pinjaman yang anda ada, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status undang-undang jika ada.

Sebagai contoh:

Jika anda mempunyai baki tertunggak pinjaman kereta 3 bulan. Ini akan memberi kesan kpd semakan kredit CCRIS anda, dimana jumlah bayaran tertunggak ini akan 'timbul' sebagai satu rekod pembayaran yang tidak elok.

Walaupun anda selesaikan bayaran 3 bulan yang tertunggak itu sekaligus, rekod pengendalian akaun anda akan tetap menunjukkan anda pernah tidak bayar pinjaman kereta untuk 3 bulan.

Dalam erti kata lain, semua maklumat ini ada direkodkan dan semuanya diberi kepada institusi kewangan berkenaan untuk membantu mereka membuat keputusan samada untuk meluluskan pinjaman atau tidak.

Sistem CCRIS atau Biro Kredit tidak memberi pendapat terhadap semakan kredit seseorang. Sebaliknya hanya memberi maklumat kredit sebagai rujukan bank berkenaan. Semua keputusan samada untuk meluluskan pinjaman, bergantung kepada polisi dan budi bicara bank tersebut.

Jadi, jagalah rekod pembayaran pinjaman anda dengan baik supaya ia memudahkan pengurusan kewangan anda di kemudian hari.

Diharap maklumat ini dapat membantu anda memahami mengapa pihak bank agak strict sejak akhir-akhir ini dalam meluluskan apa jua permohonan pinjaman.

Maklumat lanjut berkenaan biro kredit boleh didapati di http://creditbureau.bnm.gov.my/

Buat pengetahuan semua sebelum ini ada cerita atau berita berkaitan guru-guru yang muflis dan mempunyai banyak hutang sehingga pihak NUTP pernah menasihatkan kakitangan awam khususnya guru agar berwaspada.

Sekian untuk maklumat.