Kelab Guru bertujuan murni bagi mengabungkan keseluruhan idea komuniti sekolah yang ditunjangi oleh para akademik terdiri dari para guru berbagai tahap jawatan bagi membanting usaha ke arah kesepakatan bersasar memajukan sekolah bertunjangkan keharmonian minda para guru yang mantap dari segala perspektif peribadi,spiritual dan jasmani yang diwarnai dengan kekuatan minda bebas dari pengaruh negatif.
Blog ini bertujuan membuka laluan Kelab Guru Dan Kakitangan ke sempadan yang lebih jauh dalam hasrat menjalinkan persahabatan dengan warga dalam Bidang Pendidikan.Blog ini tampak tidak 'rasmi' dan mesra 'rakan'.
Segala yang dihidangkan adalah mungkin agak luar dari tugas rasmi dan lebih kepada dunia kami yang 'sebenar' dalam menjalani kehidupan sebagai pendidik untuk dunia luar mengenali kehidupan 'KAMI' ini.
Dan adalah dirasakan perlu bebas dari kongkongan minda yang terhad.Sudah tiba masanya Kelab mencari jalan bagi mendidik diri untuk berdikari mencari sumber-sumber bagi memeriahkan kelab contohnya dengan menawarkan ruang-ruang iklan di blog ini.Kita juga perlu membuat perancangan masa depan bukan saja demi individu tapi komuniti kita sebagai warga sekolah ini.
MAKLUMAN
UNTUK MAKLUMAN SEMUA AHLI KAMI MASIH KETIADAAN ajk YANG SEPENUHNYA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI.hARAP BERSABAR.pADA HARI INI 2/2/2010 PIHAK KAMI TELAH MENGEDARKAN KERTAS UNDIAN BAGI PEMILIHAN TERSEBUT HARAP DAPAT KERJASAMA SEMUA BAGI MEMBANTU MENJAYAKAN PERKARA INI.tERIMA KASIH